July 22nd, 2019

Baru-baru ini, bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim menerima kunjungan daripada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Dalam pertemuan itu, mereka sempat untuk berkongsi ilmu, muhasabah diri berbicara mengenai ujian perkahwinan yang dilalui.

Menerusi akaun Instagramnya, Mawar mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit atas sesi perkongsian yang banyak memberinya ilmu.  Wanita itu percaya apa yang berlaku ada hikmahnya dan biarlah hanya Allah SWT sahaja menjadi tempat terbaik untuk dia meluahkan segala kekusutan di dalam hati.

Bukanlah seorang manusia yang sempurna, Mawar akui dirinya juga turut berbuat silap dalam kegagalan rumah tangganya itu. Mawar menganggap perceraian yang berlaku adalah ujian buat dirinya untuk memperbetulkan diri sendiri dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

View this post on Instagram

Sebak bila buat majlis ilmu di rumah Mawar. Syukur jumpa kedua mak ayahnya yang sangat baik. Terharu mereka berdua rajin tengok door to door ebit lew. Mawar sangat positif dan baik. Dapat berkongsi doa dan amalan dalam keluarga. Doa bangkit dari kesedihan dan hadiahkan buku isteriku bidadari. . Walau beliau cuba tahan akhirnya beliau meluah rasa dan menangis ketika saya tanya jika mungkin hari ini hari terakhir apa kata nasihat untuk anaknya satu hari nanti. Nasihat Mawar agar anak jaga agama dan jaga solat. Saya doakan beliau panjang umur bahagia dan Allah berikan yang terbaik buat hidupnya. Benarlah bila ingat Allah hati kita rasa bahagia. Allah sayang. Boleh tonton full video di youtube ebitlew. #youtubeebitlew #tonton Boleh klik link di atas -ebitlew #doortodoorebitlew #astroAosis

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul mengenai perceraian Mawar dan Fizo sehingga ada yang menuduh ibu Fizo sebagai punca perceraian tersebut. Bagaimanapun, ibu Fizo menafikan dia mempunyai masalah dengan menantunya, bahkan menasihati Fizo dan Mawar untuk tidak bercerai.

Sumber Berita : mStar Online