Baru-baru ini, bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim menerima kunjungan daripada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Dalam pertemuan itu, mereka sempat untuk berkongsi ilmu, muhasabah diri berbicara mengenai ujian perkahwinan yang dilalui.
Menerusi akaun Instagramnya, Mawar mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit atas sesi perkongsian yang banyak memberinya ilmu. Wanita itu percaya apa yang berlaku ada hikmahnya dan biarlah hanya Allah SWT sahaja menjadi tempat terbaik untuk dia meluahkan segala kekusutan di dalam hati.
Bukanlah seorang manusia yang sempurna, Mawar akui dirinya juga turut berbuat silap dalam kegagalan rumah tangganya itu. Mawar menganggap perceraian yang berlaku adalah ujian buat dirinya untuk memperbetulkan diri sendiri dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.
View this post on InstagramAdvertisement
Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul mengenai perceraian Mawar dan Fizo sehingga ada yang menuduh ibu Fizo sebagai punca perceraian tersebut. Bagaimanapun, ibu Fizo menafikan dia mempunyai masalah dengan menantunya, bahkan menasihati Fizo dan Mawar untuk tidak bercerai.

wakakaa
July 23, 2019 at 12:00 pm
bagus mawar ni… ckp byk pun Allah yg tahu…
fizo & family bagai cacing kepanasan skrg…
tu laaa 6thn xsedor diri duk lenjan harta org.. lenjan kete smpi accident dulu…. haaa skrg sekor2 ahli family fizo duk meroyan…
Anonymous
July 23, 2019 at 9:21 am
Kenapa ustat ebit Lew nie suka Sgt ziarah artis?
kalsum
July 22, 2019 at 6:17 pm
semoga dipermudahkan urusan..amin