September 19th, 2019

Bercerai bukannya bermaksud kita harus bermusuhan, contohnya seperti pelakon Fizo Omar yang masih berkawan baik dengan bekas isterinya Mawar Karim demi kebahagiaan anak mereka, Wan Maryam.

fizo doakan jodoh terbaik mawar

Fizo berkata, walau apa pun yang terjadi sebelum ini, dia dan Mawar menolak tepi ego serta masalah mereka dan mengekalkan hubungan baik.

Keputusan mahkamah untuk hak penjagaan sementara dah keluar. Alhamdulillah, adalah giliran-gilirannya untuk anak bermalam dengan saya seperti waktu hujung minggu. Sesibuk mana pun, rindu pada anak ini lain macam sikit. Jadi bila dah jadi macam ini saya lebih hargai masa dengan anak saya.

Saya dan Mawar masih berkawan lagi pun rumah kami dekat sahaja. Jadi jumpa, ambil anak dan kadang-kadang ada juga mesej tetapi lebih kepada anak.

Pada masa yang sama Fizo turut mendoakan agar Mawar dapat jodoh yang terbaik. Baguslah jika terus berkawan dan tidak bermasam muka demi melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Semoga keharmonian hubungan mereka berdua ini kekal selamanya.

Sumber Berita : Astro Gempak

August 2nd, 2019

Tindakan Fizo Omar meninggalkan komen memuji pembaca berita Hawa Rizwana mencetuskan spekulasi dimana rata-rata netizen mengusik pelakon itu mahu memikat Hawa.

<img alt="fizoomar" title="fizo omar hawa rizwana" src="https://upload.beautifulnara.com/wp-content/uploads/20191210153827/hawa-fizo.jpg

Bagaimanapun, Hawa menganggap komen tersebut hanyalah sekadar kata-kata dari seorang abang kepada adik.

Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat. Lebih-lebih lagi kerana status duda yang dipegangnya.

<img alt="fizoomar" title="fizo hawa rizwana" src="https://i.postimg.cc/bNSV6bJP/komen-1.jpg

Menurut Hawa, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun yang lalu. Malah, Fizo juga turut mengenali bapanya.

Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah.

<img alt="fizoomar" title="fizo omar pikat hawa rizwana" src="https://upload.beautifulnara.com/wp-content/uploads/20191210153831/fizo-hawa.jpg

Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana. Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama.

Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada November 2013 tetapi jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercerai pada 10 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.

Sumber Berita : mStar Online

August 1st, 2019

Meskipun sudah beberapa minggu berlalu, berita perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim sehingga hari ini masih lagi menjadi bualan hangat. Mereka berpisah pun bukan kerana berlakunya pergaduhan besar tetapi disebabkan tiada persefahaman melibatkan isu keluarga.

Terbaru, timbul pula gosip mengatakan Fizo cuba untuk memikat pembaca berita popular, Hawa Rizwana yang memilik wajah seiras dengan selebriti tekenal, Neelofa. Tidak dinafikan nama Hawa kini sedang melonjak naik dan mempunyai ramai peminat.

Baru-baru ini, Hawa ada memuat naik beberapa foto ketika sedang bertugas di Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang mendapat perhatian ramai.

Isu Fizo cuba memikat Hawa timbul apabila pelakon itu memberi komen memuji dan mengucapkan tahniah kepada pembaca berita itu.

Komen Fizo itu mendapat perhatian netizen yang menyakat dia mahu memikat Hawa.

Amboi netizen, bukan main lagi mengusik Fizo ya. Kalau puji dan ucapkan tahniah, tidak bermakna seseorang itu mahu memikat orang lain. Fikir positif, niat Fizo ikhlas memuji Hawa dan tidak lebih daripada itu. Jangan cetuskan spekulasi.

Sumber Berita : Forum CARI

July 22nd, 2019

Takdir sudah menentukan jodoh mereka tidak panjang dan perpisahan adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, oleh itu pelakon Fizo Omar berharap netizen berhenti mencetuskan spekulasi mengenai perceraiannya dan Mawar Karim.

Janganlah juga memberikan komen yang melampau sehingga mengaibkan keluarganya.

Fizo tidak mahu kerana kata-kata netizen menyebarkan perkara tidak benar, keadaan menjadi lebih keruh. Enggan hubungan baik dengan bekas isterinya itu terjejas.

Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang pun, itu hak netizen untuk bercakap. Tetapi kalau ada yang terlampau sampai mengaibkan dan memberikan kesan tidak baik, saya akan mengambil tindakan sewajarnya.

Saya tak mahu hubungan saya dan bekas isteri menjadi keruh memandangkan kami sudah bersepakat untuk berbaik-baik demi Maryam.  Saya tak mahu disebabkan kata-kata netizen baik saya dan bekas isteri bergaduh.

Fizo dan Mawar sah bercerai tala satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Marya yang kini berusia dua tahun.

Sama-sama kita doakan agar Fizo dan Mawar dapat terus mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak mereka.

Sumber Berita : Astro Gempak