July 22nd, 2019

Takdir sudah menentukan jodoh mereka tidak panjang dan perpisahan adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, oleh itu pelakon Fizo Omar berharap netizen berhenti mencetuskan spekulasi mengenai perceraiannya dan Mawar Karim.

Janganlah juga memberikan komen yang melampau sehingga mengaibkan keluarganya.

Fizo tidak mahu kerana kata-kata netizen menyebarkan perkara tidak benar, keadaan menjadi lebih keruh. Enggan hubungan baik dengan bekas isterinya itu terjejas.

Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang pun, itu hak netizen untuk bercakap. Tetapi kalau ada yang terlampau sampai mengaibkan dan memberikan kesan tidak baik, saya akan mengambil tindakan sewajarnya.

Saya tak mahu hubungan saya dan bekas isteri menjadi keruh memandangkan kami sudah bersepakat untuk berbaik-baik demi Maryam.  Saya tak mahu disebabkan kata-kata netizen baik saya dan bekas isteri bergaduh.

Fizo dan Mawar sah bercerai tala satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Marya yang kini berusia dua tahun.

Sama-sama kita doakan agar Fizo dan Mawar dapat terus mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak mereka.

Sumber Berita : Astro Gempak


19 responses to “Tak Mahu Kerana Kata-Kata Netizen, Saya Dan Bekas Isteri Bergaduh – Fizo Omar”

  1. kikidoyouwantme says:

    Diam la pizooo

  2. Anonymous says:

    ingat lg fizo yg sedih dan membela mawar bila isterinya di kutuk bila kes rampasan tudung dulu

  3. perempuan keadilan says:

    IYA LA. MEMANG TAKNAK GADUH DEMI ANAK2. BAGUS TU. ATAU SEBAB TAKUT SALURAN KEWANGAN KO PUTUS. YELAH DAH BIASA SI MAWAR NI BAYAR SEMUA. KAU MUFLIS PN MAWAR TOLONG. MAK KAU PN CEREWET NAK DUK DENGAN KAU. SEKARANG UMAH BESAR TAKDA, TU MAWAR PUNYA. NAK TAKNAK KENE BERBAIK2. AGAK NYA MAWAR XLRAT NAK BELA BIAWAK HIDUP .TU BLAH. PEREMPUAN NI ADA TAHAP SABAR DIA.

  4. Anonymous says:

    ya lar, then don’t start in the first place! pi buat PC pehal? then salahkan netizen komen lebih2. ya ya ya, it’s you against the world. the world yg salah dari A-Z. You are never wrong and always right. Haiyo, mcm ni punya org pun ada. Berbelit2 cakapnya. You better diam and concentrate muhasabah diri and your future from now. Sudah, enough, malas nak tengok your name kat sini. You diam, kita diam. OK?

  5. hurrmmm.... says:

    cukuplah fizo oiii kuarkan statement….si mawar dah diam tu ko lak lebih2 nak bunyi….mengalahkan mulut perempuan….dah elok2 aib semua belum terselak esok takut semua terselak pulak….move on jela,nampak mcm ko plk meroyan….rileks2 suda…kalo netizen nk terus berkata biarkan jela…ko n mawar lg mengetahui ape yg berlaku….lama2 menyampah plk…dh elok2 rasa kesian…hmmm…

Loading...