Written by AbangNara | November 19th, 2014

Apabila sudah popular, seperti biasa akan ada desas-desus yang tidak diketahui kesahihannya bertebaran. Itu perkara biasa dan lumrah menjadi seorang selebriti. Terbaru, juara AF2014 iaitu Firman didakwa telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Bagi Abang Nara kalau desas-desus ini benar sekalipun, tiada masalah. Biasalah orang dah kahwin dan ada anak. Yang tak biasa ialah tak kahwin tapi dah ada anak.

firman af2014

Desas-desus tidak berasas ini timbul apabila seorang peminat meninggalkan komen menyatakan dia sudah berumah tangga dan mempunyai anak dalam sekeping gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya yang menggunakan nama @firman2014. Hmmmm. Ikuti penafian Firman di bawah:-

Belum, belum. Saya belum berkahwin atau pernah berkahwin. Apa lagi mempunyai anak. Saya masih bujang. Itu tidak benar sama sekali (berkahwin dan punyai anak). Saya faham perkara seumpama ini akan terjadi, tetapi saya tidak cepat melatah. Saya akan cuba membiasakan diri dengan spekulasi dan keadaan seperti ini.

firman af2014

Bagus reaksi yang ditunjukkan oleh Firman. Tak gelabah, tak cuak, tak melatah dan tak mengamuk tak tentu hala. Kalau bukan, nafikan sahaja. Biasalah jadi artis khabar angin sebegini memang akan ada. Ini hanya perkara kecil sahaja. Apa pun, semoga Firman terus maju jaya dalam karier seni. Jangan lepas jadi juara AF terus senyap pula. Kena rajin dan berusaha keras. Teruskan usahamu Firman.

firman af2014

P.S: Koleksi jubah terbaru daripada Mis Claire kini boleh digunakan oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. Saiz ada sehingga 6XL. Khas untuk pembaca BeautifulNara, anda boleh dapatkan diskaun 15% dengan memasukkan voucher “IMEL15BN” ketika membuat pembelian. Sah sehingga 24 November ini.  Jangan lupa LIKE Facebook Mis Claire dan ikuti Instagram Mis Claire untuk melihat koleksi terbaru mereka. 

Written by AbangNara | November 10th, 2014

Seperti yang Abang Nara ramalkan, Firman telah berjaya menggondol gelaran juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang telah pun berlangsung sebentar tadi. Dengan kemenangan ini, Firman membawa pulang wang tunai RM50,000, sebuah kereta Toyota Vios dan beberapa lagi hadiah sampingan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Firman. Berdasarkan persembahan malam ini, memang layak untuk Firman bergelar juara.
keputusan akhir af2014

Keputusan-keputusan lain menyaksikan Aman mendapat tempat kedua, Ewal di tempat ketiga, Nuha di tempat keempat dan Adel di tempat kelima. Kedudukan Adel agak mengejutkan kerana pada awal konsert apabila undian diumumkan, Adel berada di tempat pertama. Nampak gayanya undian untuk Adel tidak banyak masuk sepanjang konsert berlangsung sehingga menyaksikan dirinya jatuh ke tempat tercorot.

keputusan akhir af2014

Pendapat jujur Abang Nara mengenai AF2014 ialah ia adalah lebih baik berbanding AF2013. Konsert akhir juga lebih menarik dengan kehadiran Jihan sebagai pengacara. Namun dari segi mutu persembahan, nampaknya kegugupan telah menganggu konsentrasi beberapa orang pelajar terutamanya Nuha yang lupa lirik. Apa pun, AF2014 kini telah tamat. Sudah tiba masa untuk pelajar-pelajar ini bergerak sendiri dan mencuba nasib dalam industri muzik tanah air.

keputusan akhir af2014
Selamat maju jaya Abang Nara ucapkan kepada semua pelajar AF2014. Perlu diingatkan bahawa tak semestinya menjadi juara adalah tiket untuk kejayaan anda. Teruskan usaha keras, teruskan belajar dan teruskan buat yang terbaik. Semoga ada pelajar AF2014 yang akan benar-benar menyerlah kelak. Good luck and all the best.

Written by AbangNara | October 28th, 2014

Nama Wak Doyok memang hangat diperkatakan minggu ini. Mana tidaknya, para peminat Firman AF2014 rata-rata melahirkan rasa tidak puas hati dan mengutuk tindakan Wak Doyok yang tidak memberikan pelajar kesayangan mereka hadiah sedangkan pelajar lelaki yang semua menerima hadiah daripada ikon fesyen tempatan ini. Secara jujur, Abang Nara terfikir jugak takkanlah Wak Doyok sengaja nak buat macam itu. Pasti ada sesuatu yang telah dirancang oleh Wak Doyok bersama produksi AF2014.
wak doyok firman af2014Ternyata tekaan Abang Nara betul. Peminat Firman boleh menarik nafas lega kerana Wak Doyok akan memberikan hadiah ‘special’ untuk pelajar AF2014 itu. Wak Doyok tidaklah sekejam yang disangka walaupun nampak ganas dengan misainya, Kata Wak Doyok:-

Sebenarnya kami semua nak buat gimik kepada Firman… Kalau mereka semua perasan dalam video yang disiarkan semasa konsert itu ada menyebut saya akan kembali. Jadi saya dah sediakan sesuatu yang istimewa untuk Firman… Saya bukannya kejam tak nak bagi Firman hadiah sedangkan yang lain dapat.

Sebelum ini saya sebenarnya dah agak perkara ini akan jadi isu dan pastinya mengundang kemarahan orang… Tetapi saya dah bersedia dan pihak AF juga mahukan yang sebegini. Tak apalah… Nak buat macam mana benda dah berlaku dan saya sedikit pun tidak terasa marah terhadap orang yang mengutuk mahupun mengeluarkan kata-kata kesat di laman sosial saya.

Mungkin mereka tidak mengetahui hal yang sebenar ataupun tidak perasan dengan maksud video yang ditayangkan semasa konsert tersebut. Cuma saya nak pesan, kita ini janganlah terlalu cepat menghukum orang sekiranya tidak mengetahui isu yang sebenar kerana ia melambangkan ‘atitude’ yang rendah.

wak doyok firman af2014

Kadangkala para peminat memang fanatik terlebih sikit dan ia adalah perkara biasa. Siapa tak marah kalau penyanyi kesayangan diperlakukan sedemikian rupa kan? Diharap dengan penerangan Wak Doyok ini, para peminat Firman boleh bertenang kembali. Kepada Wak Doyok, jangan makan hati sangat. Sekurang-kurangnya dengan kontroversi ini, nama Wak Doyok semakin dikenali ramai. Tak gitu? Info asal Astro Gempak.

[flowplayer id=”29993″]

Written by AbangNara | October 27th, 2014

Pejam celik pejam celik AF2014 sudah pun masuk minggu kelapan. Untuk minggu ini, para pengikut program realiti ini dikejutkan dengan penyingkiran 2 peserta sekaligus. Zarif dan Nina telah mendapat undian terendah sekaligus menyaksikan perjuangan mereka tamat. Menariknya, ramai yang melahirkan rasa lega dengan pemergian Nina kerana prestasi yang ditunjukkan olehnya tidak memberangsangkan sejak minggu pertama lagi.

nina zarif tersingkir af2014

Minggu ini menyaksikan kehadiran Wak Doyok yang telah menimbulkan kemarahan para peminat Firman. Mana tidaknya, kesemua pelajar lelaki kecuali Firman telah pun diberi hadiah oleh Wak Doyok. Ini telah membuatkan para peminat Firman bengang kerana Wak Doyok dikatakan sengaja mahu menjatuhkan air muka Firman. Fuh~~~ Memang berapi juga komen di Facebook Akademi Fantasia mengutuk perbuatan Wak Doyok.

nina zarif tersingkir af2014

Kini hanya tinggal 5 lagi peserta iaitu Firman, Azwan, Ewal, Nuha dan Aman. Daripada carta undian, nampak gayanya Firman berpeluang cerah untuk bergelar juara AF2014. Namun begitu Akademi Fantasia sememangnya sentiasa penuh dengan kejutan. Abang Nara dapat rasakan minggu ini atau minggu depan akan diadakan kejutan untuk para peminat AF2014. Sama-samalah kita nantikan.