October 27th, 2014

Pejam celik pejam celik AF2014 sudah pun masuk minggu kelapan. Untuk minggu ini, para pengikut program realiti ini dikejutkan dengan penyingkiran 2 peserta sekaligus. Zarif dan Nina telah mendapat undian terendah sekaligus menyaksikan perjuangan mereka tamat. Menariknya, ramai yang melahirkan rasa lega dengan pemergian Nina kerana prestasi yang ditunjukkan olehnya tidak memberangsangkan sejak minggu pertama lagi.

nina zarif tersingkir af2014

Minggu ini menyaksikan kehadiran Wak Doyok yang telah menimbulkan kemarahan para peminat Firman. Mana tidaknya, kesemua pelajar lelaki kecuali Firman telah pun diberi hadiah oleh Wak Doyok. Ini telah membuatkan para peminat Firman bengang kerana Wak Doyok dikatakan sengaja mahu menjatuhkan air muka Firman. Fuh~~~ Memang berapi juga komen di Facebook Akademi Fantasia mengutuk perbuatan Wak Doyok.

nina zarif tersingkir af2014

Kini hanya tinggal 5 lagi peserta iaitu Firman, Azwan, Ewal, Nuha dan Aman. Daripada carta undian, nampak gayanya Firman berpeluang cerah untuk bergelar juara AF2014. Namun begitu Akademi Fantasia sememangnya sentiasa penuh dengan kejutan. Abang Nara dapat rasakan minggu ini atau minggu depan akan diadakan kejutan untuk para peminat AF2014. Sama-samalah kita nantikan.


Comments are closed.

Loading...