Firman Juara AF2014, Bawa Pulang Wang Tunai RM50,000

Hiburan

Firman Juara AF2014, Bawa Pulang Wang Tunai RM50,000

Seperti yang Abang Nara ramalkan, Firman telah berjaya menggondol gelaran juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang telah pun berlangsung sebentar tadi. Dengan kemenangan ini, Firman membawa pulang wang tunai RM50,000, sebuah kereta Toyota Vios dan beberapa lagi hadiah sampingan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Firman. Berdasarkan persembahan malam ini, memang layak untuk Firman bergelar juara.
keputusan akhir af2014

Keputusan-keputusan lain menyaksikan Aman mendapat tempat kedua, Ewal di tempat ketiga, Nuha di tempat keempat dan Adel di tempat kelima. Kedudukan Adel agak mengejutkan kerana pada awal konsert apabila undian diumumkan, Adel berada di tempat pertama. Nampak gayanya undian untuk Adel tidak banyak masuk sepanjang konsert berlangsung sehingga menyaksikan dirinya jatuh ke tempat tercorot.

Advertisement

keputusan akhir af2014

Pendapat jujur Abang Nara mengenai AF2014 ialah ia adalah lebih baik berbanding AF2013. Konsert akhir juga lebih menarik dengan kehadiran Jihan sebagai pengacara. Namun dari segi mutu persembahan, nampaknya kegugupan telah menganggu konsentrasi beberapa orang pelajar terutamanya Nuha yang lupa lirik. Apa pun, AF2014 kini telah tamat. Sudah tiba masa untuk pelajar-pelajar ini bergerak sendiri dan mencuba nasib dalam industri muzik tanah air.

keputusan akhir af2014
Selamat maju jaya Abang Nara ucapkan kepada semua pelajar AF2014. Perlu diingatkan bahawa tak semestinya menjadi juara adalah tiket untuk kejayaan anda. Teruskan usaha keras, teruskan belajar dan teruskan buat yang terbaik. Semoga ada pelajar AF2014 yang akan benar-benar menyerlah kelak. Good luck and all the best.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...