Written by AbangNara | August 26th, 2019

Adui. Netizen Malaysia ini memang kelakar. Tergelak Abang Nara dibuatnya membaca komen-komen di Instagram Neelofa. Mana tidaknya, fesyen yang digayakan oleh Neelofa untuk sebuah majalah telah menjadi perbualan hangat. Namun kita tidak boleh menyalahkan netizen kerana gaya Neelofa itu memang lain dari yang lain. Unik dan kebabom sungguh.

neelofa

Salah satu komen yang paling mencuit hati ialah “tu perahu ke?”. Hampir terburai perut Abang Nara membaca komen tersebut. Namun ramai juga yang memuji fesyen Neelofa dan menganggap selebriti itu sebagai seorang legend. Pakai apa pun nampak awesome.
neelofa
neelofa
neelofa

Sebelum itu, satu gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa turut menjadi perbualan hangat. Satu komen yang menarik ialah “Lofa pakai kadbod pun cantik”. Kesimpulannya, gaya Neelofa memang akan menjadi tumpuan dan topik perbincangan oleh para netizen. Iyerlah, masing-masing menjadikan Neelofa sebagai idola.

neelofa

neelofa

neelofa

neelofa

Apa pun dinasihatkan kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin meniru gaya Neelofa ini supaya mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu. Jangan tiru bulat-bulat. Kadangkala sesetengah fesyen tidak sesuai dengan kita, walaupun selebriti yang menggayakannya memang nampak memukau. Apa pendapat anda tentang fesyen Neelofa ini?

Written by Bella | June 14th, 2019

Setiap tahun kita lihat selebriti popular Neelofa pasti akan ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Pada Syawal ini, beliau sekali lagi ke Mekah bersama pembantu peribadinya, Nadiah Khairuddin. Baru-baru ini, perkongsian oleh pembantu peribadinya itu tentang Neelofa mendapat perhatian ramai.

Menerusi akaun Instagram, Nadiah memuat naik video Neelofa sedang menunggu dirinya sambil membaca Al-Quran. Nadiah merasa syukur dan bertuah dikuarniakan seorang majikan yang baik dan berhati mulia.

Rata-rata netizen memuji kebaikan hati  Neelofa dan tentunya jasa majikan seperti Neelofa pasti akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

Terpalit dengan banyak kontroversi sebelum ini, tidak dinafikan perkongsian ini membuka mata ramai tentang keperibadian sebenar yang dimiliki oleh Neelofa. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan terus sukses.

Sumber Berita & Video : Lofa World

Written by Bella | June 13th, 2019

Neelofa dikenali sebagai seorang selebriti yang cukup berani tampil dengan fesyen dan dandanan yang unik.

Berkongsi foto dirinya yang kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah, foto Neelofa tanpa sebarang solekan tebal di wajahnya menarik perhatian ramai.

Rata-rata netizen tertawan dan memuji rupa paras jelita yang dimiliki oleh Neelofa. Memang cantik sekali apatah lagi dengan senyuman manis yang terukir di wajahnya itu.

Kejelitaan Neelofa memang tidak dapat disangkal lagi, sejuk mata memandang kan?

Written by Bella | February 26th, 2019

Berkongsi foto dirinya menghadiri Milan Fashion Week di Itali, penampilan selebriti popular Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Mengenakan busana dengan pemakaian skirt yang sedikit singat sehingga menampakkan kaki, rata-rata netizen berpendapat imej itu sangat tidak sesuai bagi seorang wanita bertudung.

Tidak salah untuk kelihatan unik dan mencuba pelbagai jenis fesyen, tetapi jangan lupa untuk menjaga penampilan sebagai seorang wanita Muslim. Ramai yang berharap selepas ini Neelofa dapat mengubah cara pemakaian beliau pada masa akan datang.

Neelofa bagaimanapun nampaknya sudah kebal dengan kecaman netizen dan sedikit pun tidak ambil pusing dengan kritikan yang dilemparkan.