Written by serenity | June 6th, 2015

Satu gambar dari majlis pernikahan/perkahwinan model Raissyah Rania atau dulunya dikenali sebagai Felixia Yeap telah muncul di Internet. Ini mengesahkan bahawa Felixia Yeap sudah pun berkahwin.

Menurut blog ini, Raissyah telah selamat melangsungkan pernikahannya secara rahsia.

Pasti ramai yang tertanya siapa lelaki yang bertuah mendapatkan Raissyah atau mesra dikenali sebagai Rara sebagai seorang isteri. Sejujurnya, siapa lelaki ini tidak diketahui. Katanya, Rara inginkan majlis pernikahan yang ringkas dengan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Apa pun, tahniah diucapkan pada Rara, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Manakala kengkwn di sekitar Ipoh dan berhampiran marilah memenuhi Auditorium JKKN Perak utk Festival Rebana Perak hari ni & esok!

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 5 June 2015

Written by AbangNara | January 13th, 2015

Felixia Yeap satu ketika dahulu merupakan seorang model yang boleh tahan juga seksinya. Pasti ketika zaman tersebut, ramai lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya. Itu perkara biasa untuk mereka yang berkecimpung di dalam dunia permodelan. Menariknya, Felixia Yeap memaklumkan yang dia memang tidak gemar disentuh lelaki sejak dari dulu lagi.  Malah Felixia juga pernah menegur lelaki-lelaki yang cuba mengambil kesempatan kepadanya.

felixia yeap

Menulis menerusi laman Facebooknya, kata-kata yang dikeluarkan oleh Felixia Yeap tentang kontroversi artis Kpop dan gadis Melayu bertudung memang menarik untuk dijadikan tatapan bersama. Tulis Felixia:-

felixia yeap

Isu ini nampaknya sudah berlarutan apabila JAWI khabarnya akan memanggil gadis-gadis tersebut untuk siasatan lanjut. Hmmmmm. Entahlah kalau pada pendapat Abang Nara tak payahlah nak siasat apa bagai. Mak bapak diorang rasanya dah bagi nasihat secukupnya. Kalau siasat pun nak buat apa? Nak penjarakan diorang? Nak denda? Banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah yang harus dilakukan oleh badan-badan agama ini. Itu pendapat Abang Naralah. Apa pula pendapat anda?

P.S: Makan percuma di restoran ini jika anda kacak/jelita

Written by AbangNara | December 16th, 2014

Setiap tahun, Google selaku enjin carian paling hebat di cakerawala akan mengeluarkan statistik pencarian mereka. Untuk tahun 2014, Abang Nara agak kecewa kerana BeautifulNara tidak termasuk di dalam senarai. Tapi tak apa, tahun depan kalau tak ada juga Abang Nara nak resign terus. Hehehe. Apa pun, untuk tahun 2014, Felixia Yeap merupakan selebriti yang paling banyak dicari di Google sepanjang tahun.

felixia yeap

Untuk anda yang tidak mengenali gadis ini, Felixia Yeap telah pun memeluk agama Islam pada bulan Ramadhan tahun ini. Model yang pernah menghiasi beberapa majalah antarabangsa ini telah memilih nama Raisyyah Rania sebagai nama Islamnya. Sebelum memeluk Islam, Felixia Yeap telah pun terlebih dahulu bertudung dan menutup aurat menyebabkan namanya menjadi bualan. Amoi comel la katakan. Hehehe.
hanez suraya Di tempat kedua tak lain tak bukan ialah Hanez Suraya. Nama pelakon ini cukup popular sepanjang tahun 2014 kerana kontroversi dengan suami orang, Romie. Hanez juga telah membangkitkan kemarahan orang ramai apabila meminta Liyana Manan, isteri kepada Romie agar meminta maaf kepadanya. Sesungguhnya tahun 2014 adalah tahun yang kurang baik buat Hanez. Semoga tahun 2015 akan membawa sinar yang lebih cerah kepada pelakon jelita ini.

Berikut ialah 10 tempat teratas selebriti yang paling banyak dicari sepanjang tahun 2014. Wak Doyok pun ada tau. Jangan main-main dengan kepopularitan abang berjambang ini.

felixia yeap

Ikuti juga senarai-senarai lain termasuk filem tempatan yang paling banyak dicari di Google 2014. Selamat membaca.

Written by AbangNara | December 2nd, 2014

Instagram merupakan satu medium pengiklanan yang amat efektif jika digunakan dengan tepat. Disebabkan itulah kita sering melihat komen ‘visit my IG’, ‘klik nama saya untuk ubat tinggi’ dan macam-macam lagilah di akaun Instagram selebriti-selebriti tempatan. Kadang-kadang komen sampai beribu-ribu, tetapi 90% daripadanya hanyalah iklan semata-mata. Itu yang sampai ramai selebriti seperti Awal Ashaari naik angin.
harga caj instagramDengan adanya laman sosial seperti Instagram, kebanyakan selebriti turut sama mengambil peluang untuk mengenakan caj kepada mereka yang berminat untuk mengiklan di akaun sosial mereka. Dengan jumlah pengikut sebanyak 1.4 juta, Nora Danish mengenakan caj bermula daripada RM1500 sehingga RM3000. Ia adalah satu harga yang amat berbaloi pada pandangan Abang Nara. Bayangkan kalau 10% daripada 1.4 juta pengikut Instagram Nora Danish membeli barangan yang diiklankan, keuntungan yang diterima sudah pasti berlipat-lipat ganda. Silap-silap terus jadi jutawan.

Sementara itu model popular, Felixia Yeap juga turut sama menyediakan ruang pengiklanan di Instagram dan Facebooknya dengan harga mencecah sehingga RM2000. Dengan jumlah pengikut seramai 214,000 di Instagram dan 314,000 di Facebook, Felixia Yeap juga seringkali mengadakan promosi pengiklanan yang menyaksikan harga diturunkan sehingga RM500. Memang berbaloi-baloi. Siapa cepat, dia akan dapatlah harga promosi sebegini.
harga caj instagram
Caj-caj selebriti lain ialah Fizo Omar (bawah RM1000), Fynn Jamal (RM200-RM500) serta Nana Mahazan (bawah RM500). Kebiasannya jumlah harga yang ditentukan adalah berkadar langsung dengan jumlah pengikut. Makin ramai pengikut, makin tinggilah harga. Namun Abang Nara pasti caj yang dikenakan adalah berbaloi dengan impak yang akan diterima oleh si pengiklan.

Apa pun, sebagai seorang penjual, kenalah ada modal sikit untuk buat pemasaran. Kalau semua benda nak ‘free’, memang susah sikitlah nak maju perniagaan. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.