December 2nd, 2014

Instagram merupakan satu medium pengiklanan yang amat efektif jika digunakan dengan tepat. Disebabkan itulah kita sering melihat komen ‘visit my IG’, ‘klik nama saya untuk ubat tinggi’ dan macam-macam lagilah di akaun Instagram selebriti-selebriti tempatan. Kadang-kadang komen sampai beribu-ribu, tetapi 90% daripadanya hanyalah iklan semata-mata. Itu yang sampai ramai selebriti seperti Awal Ashaari naik angin.
harga caj instagramDengan adanya laman sosial seperti Instagram, kebanyakan selebriti turut sama mengambil peluang untuk mengenakan caj kepada mereka yang berminat untuk mengiklan di akaun sosial mereka. Dengan jumlah pengikut sebanyak 1.4 juta, Nora Danish mengenakan caj bermula daripada RM1500 sehingga RM3000. Ia adalah satu harga yang amat berbaloi pada pandangan Abang Nara. Bayangkan kalau 10% daripada 1.4 juta pengikut Instagram Nora Danish membeli barangan yang diiklankan, keuntungan yang diterima sudah pasti berlipat-lipat ganda. Silap-silap terus jadi jutawan.

Sementara itu model popular, Felixia Yeap juga turut sama menyediakan ruang pengiklanan di Instagram dan Facebooknya dengan harga mencecah sehingga RM2000. Dengan jumlah pengikut seramai 214,000 di Instagram dan 314,000 di Facebook, Felixia Yeap juga seringkali mengadakan promosi pengiklanan yang menyaksikan harga diturunkan sehingga RM500. Memang berbaloi-baloi. Siapa cepat, dia akan dapatlah harga promosi sebegini.
harga caj instagram
Caj-caj selebriti lain ialah Fizo Omar (bawah RM1000), Fynn Jamal (RM200-RM500) serta Nana Mahazan (bawah RM500). Kebiasannya jumlah harga yang ditentukan adalah berkadar langsung dengan jumlah pengikut. Makin ramai pengikut, makin tinggilah harga. Namun Abang Nara pasti caj yang dikenakan adalah berbaloi dengan impak yang akan diterima oleh si pengiklan.

Apa pun, sebagai seorang penjual, kenalah ada modal sikit untuk buat pemasaran. Kalau semua benda nak ‘free’, memang susah sikitlah nak maju perniagaan. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...