Written by Bella | August 15th, 2019

Seram juga bila dengar cerita pelakon Nur Fazura berdepan dengan perkara- perkara mistik dan menakutkan ketika di set penggambaran filem Dendam Pontianak.

fazura

Fazura dan beberapa kru pernah melihat seorang wanita berkebaya putih dengan rambut mengurai menyerupai dirinya.

Dalam pukul 3 pagi waktu rehat, beberapa kru minta saya tengok belakang dan nampak kelibat wanita memakai baju sama seperti saya ketika itu. Memang sama, kebaya putih dengan kain sarung, cuma rambutnya mengurai ke hadapan dan tak nampak muka. Kami semua buat tak tahu sahaja.

fazura nampak hantu

Beberapa kali juga kelibat itu muncul di set penggambaran, mujurlah tiada yang kena gangguan dan semuanya berjalan lancar.

Namun, Fazura kekal tenang meneruskan kerjanya. Mengingati pesanan suami tercinta, Fattah Amin yang agar dia sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran sebagai pelindung diri.

fazura dendam pontianak

Mujurlah balik rumah tak ada apa yang aneh berlaku, suami turut berpesan supaya baca ayat Kursi sebelum masuk rumah.

Alhamdulillah, semuanya okay sahaja dan perasaan seram itu tidak terbawa-bawa ke rumah.

dendam pontianak

Fuh! Bila dengar cerita Fazura ini memang seram dibuatnya. Kalau penulis di tempatnya mesti dan pucat muka dan pengsan bila kena perhati oleh ‘benda’ itu.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 8th, 2019

Pasangan romantis, sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson antara yang paling mendapat perhatian ramai.

Jatuh cinta di set penggambaran dan tidak lama selepas itu mengikat tali pertunangan serta sering mempamerkan kemesraan mereka, memang ramai diluar sana menjadikan Aiman dan Zahirah ‘couple goals’.

Bagaimanapun, baru-baru ini ada netizen yang mendakwa pasangan ini seakan ingin meniru ataupun menjadi klon pasangan paling hangat dan popular iaitu FattZura.

Malah, mereka turut menyertakan foto dimana busana yang dipakai oleh Aiman dan Zahirah mirip sekali dengan FattZura. Bagaimanapun, pasangan FattZura lebih eksklusif berbanding Aiman dan Zahirah.

Apa pula pendapat anda? Betul ke mereka ingin menjadi klon Fattah Amin dan Fazura.

Sumber Berita : Forum CARI

Written by Bella | May 13th, 2019

Apabila tiba bulan Ramadhan, ramai artis akan berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Antara artis tersebut ialah pelakon jelita Nur Fazura.

Setiap tahun pasti isteri kepada Fattah Amin itu akan menunaikan janji untuk tampil dengan imej sopan.

Meskipun hanya mengenakan tudung pada bulan Ramadhan sahaja, rata-rata netizen sering mendoakan agar satu hari nanti Fazura akan berhijab sepenuhnya. Malah, ramai akui beliau kelihatan lebih manis dan cantik.

Doakan yang baik-baik untuk Fazura, siapa tahu beliau selepas ini akan terbuka hati untuk kekal berhijab.

Written by Bella | March 28th, 2019

Dua tahun menyulam cinta dan hidup sebagai suami isteri, pelakon Fattah Amin mengakui beliau terlalu bahagia bersama Nur Fazura apatah lagi wanita itu banyak mendorong beliau dalam kehidupannya terutama sekali ketika melalui saat sukar.

Kalau bagi skala bahagia 1 sehingga 10 tu, 10 la. Kalau 100 sehingga 100 tu, 200 peratus. Ini mungkin doa daripada peminat dan keluarga. Alhamdulillah Allah makbulkan. Saya bahagia dengan isteri saya.

Fazura banyak membantu saya. Kan orang cakap, di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita. Wanita itu adalah Fazura.

Ditanya soal zuriat pula, Fattah menyerahkan soal itu kepada ketentuan rezeki dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.

Kami sama-sama berusaha tapi rezeki itu datang daripada Allah Taala. Doakan supaya Fattah dan Fazura dapat baby tidak lama lagi.

Kehangatan api cinta pasangan FattZura ini nampaknya semakin marak hari demi hari. Kami doakan mereka bahagia begini sehingga ke syurga dan dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Sumber Berita : Media Hiburan