“Tup Tup Dah Habis..” Laku Keras, Tudung Fazura ‘Sold Out’ Dalam Tempoh 4 Jam

Hiburan

“Tup Tup Dah Habis..” Laku Keras, Tudung Fazura ‘Sold Out’ Dalam Tempoh 4 Jam

Hanya empat jam dipasaran, tudung rekaan pelakon jelita, Nur Fazura telah terjual sehingga ada peminat yang terpaksa ‘gigit jari’ kerana tidak dapat menggayakannya pada lebaran nanti.

Difahamkan, tudung square scarves yang berlabel Jauharah itu telah dilancarkan jam 3 petang semalam sebelum ‘sold out’ pada pukul 7 petang.

Advertisement
Fazura Sumber : Instagram Fazura  

Sambutan luar biasa peminat itu dimaklumkan akaun rasmi Instagram Fazbulous (@fazbulouscom) untuk perhatian peminat dan juga pengikut media sosial aktres berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by FAZBULOUS (@fazbulouscom)

Ekoran daripada perkara tersebut, ada juga yang tampil menzahirkan perasaan cemburu apabila tidak berjaya mendapatkan tudung eksklusif keluaran artis kesayangan ramai itu.

“Adoi, dah la buka web dia jem. Tup-tup dah habis. Nak pakai raya pun tak sempat ni..” tulis seorang pengguna media sosial di bahagian komen hantaran berkenaan.

Advertisement

Jauharah Square Scarves itu merupakan siri tudung yang dihasilkan daripada fabrik kapas dan crepe serta direka sendiri isteri kepada pelakon Fattah Amin itu khas untuk kegunaan harian.

View this post on Instagram

A post shared by FAZBULOUS (@fazbulouscom)

Siri tudung tersebut datang dengan 26 seleksi warna dengan harga RM25 setiap satu.

Namun bagi peminat yang tidak berjaya mendapatkan tudung Jauharah, anda boleh membeli daripada ‘personal shopper’ dan ianya akan kembali ke pasaran dalam tempoh beberapa hari lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. neelolololo

    April 30, 2021 at 8:14 am

    auuuuwww so cantik..love u faz

Loading...