August 28th, 2020

Bagai tidak gentar andai timbul dakwaan mahupun persepsi negatif mengatakan dirinya hanya menjenamakan semula produk penjagaan kulit keluarannya, “Fazura Skincare” dari pembekal yang menjual secara ‘timbang kilo’, pelakon Nur Fazura akui tak ambil peduli andai ditohmah dengan dakwaan seperti itu.

Fazura Nafi Jual Produk 'Timbang Kilo'

Kata Fazura, beliau langsung tidak takut kerana yakin terlibat sendiri dalam proses penghasilan produk tersebut.

Fazura Nafi Jual Produk 'Timbang Kilo'

“Saya tak takut dengan persepsi itu kerana saya memang terlibat dalam proses penghasilan produk ini sejak awal lagi. Saya pun hasilkan produk yang sesuai untuk pelanggan, bukan syok sendiri, saya sendiri lakukan kajian untuk hasilkan produk ini.”

Menurut isteri kepada aktor tampan Fattah Amin ini, pihak Fazura Skincare juga mempunyai ahli kimia sendiri dan mereka tidak menggunakan bahan yang mendatangkan mudarat kepada kulit pengguna.

Fazura Nafi Jual Produk 'Timbang Kilo'

“Kami ada ahli kimia sendiri, malah bahan yang digunakan juga tidak mendatangkan mudarat kepada kulit. Sebagai contoh, dalam pencuci muka Fazura Skincare, ia tidak mengandungi Sulfate dan ternyata selamat untuk digunakan.”

Difahamkan set eksklusif Fazura Skincare berharga RM89.90 satu set.lengkap dan hadir dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam juga serum bersaiz mini.

Fazura Nafi Jual Produk 'Timbang Kilo'

Sekadar informasi, Fazura kini sedang sarat hamil anak sulung. Beliau juga dikhabarkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan romantis yang lebih mesra disapa Fattzura itu masih tidak mendedahkan lagi jantina anak mereka.

Sumber: Gempak


One response to “Bergelar Usahawan Kosmetik, Fazura Nafi Jual Produk ‘Timbang Kilo’”

  1. kussemangat says:

    mmg timbang kilo..pengasas produk makin berlambak2 di Malaysia ni sebab ini lah..beli krim bodoh dari negara mcm Vietnam timbang kilo dan re-packaging dengan pelbagai jenama sendiri, sebagai selebriti gunakan kelebihan dikenali ramai dgn cerita2 kononnya krim tu resepi nenek la toknyang lah apa lah..fazura dah lama kenal mmg cantik orgnya, takde apa nak dibuktikan dgn produknya tu..Even Vida pun tak berjaya memutihkan anak dia sendiri..selama ni org2 ni bijak meniaga dgn menipu rakyat yg bodoh..beli nak cantik kononnya, tapi tak kemana..tambah parah bila produk ada mercury, bahan2 kimia berbahaya..ada yg nampak kesan serta merta malah kematian juga, ada yg kesannya lambat seperti kanser kulit etc..so, cerdik lah sikit rakyat Malaysia..tolak produk2 mcm ni..bukan fazura saja, tapi lambakan produk2 sekarang mmg semuanya berkiblatkan krim timbang kilo yg sama..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...