August 19th, 2018

Kembali lagi bersama Beautifulnara portal hiburan sensasi. Seperti biasa kita akan recap lima gosip dan kontroversi yang paling meletup, paling tular dan paling mendapat perhatian netizen sepanjang minggu ini. Kalau kita dengar pun memang panas betul berita ni.

Nampaknya, kali ini pelbagai isu tertumpu kepada selebrti yang terlibat dalam acara KLFW 2018. Ada isu tiru konsep pereka fesyen luar negara  dan selebriti bersaing untuk mendapatkan rekaan baju yang sama.

Tidak lupa juga, dengan dakwaan seorang lagi artis BBNU yang dikatakan berlagak diva. Siapa pula tu?  ada pula berita mengejutkan dimana seorang pelakon wanita difitnah sudah muflis. Selain itu ada pula seorang peyampai radio yang dengki dengan mereka yang berniaga tepi jalan.

Jom layan top 5  gosip terhangat minggu ini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Enjoy!

1) FAZURA TIRU IDEA ORANG LAIN UNTUK GIMIK MODEL TERBARING

Semua orang terpukau apabila Fazura melakukan gimik model terbaring dan beliau ‘catwalk’ dengan penuh keyakinan ketika acara KLFW2018 diadakan. Kata orang memang gempak habis sehingga mendapat pujian ramai. Namun, timbul dakwaan mengatakan beliau sebenarnya hanya meniru konsep serta idea kreatif pereka fesyen lain.

BACA : (VIDEO) Gimik Model Terbaring, Fazura Didakwa Tiru Konsep Dries Van Noten

2) LINDA ONN TIDAK BERNIAT JEJASKAN PERIUK NASI PENIAGA TEPI JALAN

Tweet pengacara dan penyampai radio Linda Onn mengenai pihak MPAJ yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga tepi jalan tanpa lesen berniaga menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah yang mengatakan beliau dengaki dengan peniaga tersebut. Walaubagaimanapun, Linda menafikan beliau sengaja ingin warung tepi jalan bungkus.

BACA : Linda Onn Nafi Dengki, Sengaja Ingin Warung Tepi Jalan Bungkus

3) NEELOFA INGIN ‘CARAS’ FAZURA, PAKAI BAJU SAMA

Dilihat memakai baju dari koleksi yang sama, Neelofa digosipkan sengaja ingin ‘caras’ Fazura yang sememangnya mengidamkan untuk menggayakan busana yang sama setelah melihat model memperagakan koleksi tersebut di KLFW2018.

BACA : Pakai Baju Sama, Netizen Speku Neelofa Mahu ‘Caras’ Fazura?

4) ELFIRA LOY DIFITNAH BANKRAP

Seorang wanita mencetuskan berita panas apabila memuat naik  foto fail notis bankrap yang tertera nama pelakon Elfira Loy. Ramai yang tertanya apakah yang sudah berlaku sedangkan sebelum ini Elfira tidak pernah menghadapi sebarang masalah kewangan. Namun, Elfira menjelaskan ia adalah salah satu fitnah yang direka oleh pihak tertentu untuk mejatuhkan namanya.

BACA: Ura-Ura Muflis, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Elfira Loy?

5) JURUGAMBAR LABEL ISMAIL IZZANI BERLAGAK DIVA

Penyanyi BBNU, Ismail Izzani mula dikatakan sebagai artis sombong ‘acah tahap dewa’ kerana mengendahkan permintaan seorang jurugambar yang ingin mengambil fotonya. Apa yang berlaku?

BACA : Jurugambar Terkejut Ismail Izzani Sombong, ‘Acah Tahap Dewa’ Di KLFW

August 15th, 2018

Isu gimik model terbaring Fazura pada acara KLFW 2018 nampaknya masih belum selesai. Pada mulanya ada yang mendakwa beliau meniru idea Dries Van Noten untuk Summer Spring Collection 2015, kemudian timbul pula dakwaan terbaru apabila ada seorang pereka fesyen dari Singapura yang kini berpangkalan di London, Ashley Isham  mengatakan gimik model terbaring itu telah beliau lakukan terlebih dahulu pada pertunjukan fesyen sekitar tahun 2014.

Status yang dimuat naik oleh Ashley di akaun Instagramnya membuatkan ramai netizen mengecam Fazura meniru idea serta usaha orang lain.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu, Ashley telah memadam ‘posting’ tersebut dan telah membuat permohonan maaf kepada Fazura. Kata Ashley apa yang berlaku cuma satu salah faham sahaja. Tidak mudah melenting, Fazura juga menyambut baik permohonan maaf pereka fesyen itu.


Berbicara kepada pihak media mengenai kontroversi hangat ini, Fazura menerusi portal Suria FM memberitahu beliau agak terkejut dengan kenyataan Ashley sebelum ini. Tidak timbul isu plagiat kerana beliau tidak pernah mengenali siapa Ashley.

Sejujurnya saya tidak pernah dengar atau mengenali siapa sebenarnya Ashley Isham. Yang saya kenal kebanyakannya pereka fesyen daripada Malaysia dan luar negara. Tapi Ashley saya percaya mungkin dia merupakan pereka fesyen terkenal tetapi saya tidak mengenali serta mengikuti perkembangannya. Apabila saya dimaklumkan tentang status yang dimuatnaik olehnya, saya memang amat terkejut kerana ‘finale’ yang dilakukan olehnya pada tahun 2014 itu agak sama dengan ‘finale’ yang saya buat untuk KLFW2018 baru-baru ini.

Tetapi apabila saya dituduh melakukan plagiat atau meniru dia, saya menafikan sebab ianya tidak benar sama sekali kerana saya sendiri pun tidak pernah melihat ‘finale’ yang dibuat oleh Ashley pada tahun 2014.

 

Namun, beliau akui pertunjukan akhir label Fazbulous memang diinspirasikan daripada Dries Van Noten. Pada masa yang sama, Fazura tidak menafikan isu hangat ini dan segala provokasi terhadap dirinya dicetuskan oleh seorang artis wanita dan peminatnya yang sudah lama cuba ingin menjatuhkan beliau.

Saya harus mengakui sebagai manusia terdapat macam-macam hasutan serta perasan yang syaitan nak kita dihasuti dan tewas. Saya tidak nafikan perkara itu dan saya sedar ada sesetengah ‘puak’ yang sentiasa memerhatikan gerak geri serta mencari kesilapan saya. Mereka juga sering melakukan pelbagai provokasi serta cubaan-cubaan sabotaj untuk menjatuhkan saya.

Sebagai seorang yang beragama Islam, Fazura tidak mahu menyimpan perasaan dendam terhadap pihak yang ingin mensabotaj beliau. Fazura memaafkan mereka dan berdoa agar satu hari nanti mereka akan insaf dan sedar perbuatan mereka itu tidak baik.

Sumber Berita : Suria FM

August 13th, 2018

Ramai yang terpukau dan memuji betapa uniknya konsep model terbaring di pentas peragaan KLFW2018 dan Nur Fazura tampil dengan gaya ‘catwalk’ yang penuh dengan keyakinan. Memang gempak habis sehingga tetamu yang hadir pada acara tersebut bersorak dan memberikan tepukan tanda mereka memberikan sokongan kepada Fazura.

Terbaru, sebuah akaun Instagram dengan nama  Diet Prada mendedahkan Fazura sebenarnya meniru konsep pereka fesyen antarabangsa, Dries Van Noten.

 

Dries mula memperkenalkan konsep itu untuk pertunjukan fesyen Summer Spring 2015.  Kesemua model akan muncul di pentas dan terduduk ataupun terbaring sebelum pereka fesyen muncul dari belakang pentas.

Kami sertakan video ‘catwalk’ Fazura dan juga Dries. Cuba anda bandingkan.

Apabila lihat video diatas memang banyak persamaan antara gimik Fazura dan Dries. Fikir positif, mungkin Fazura tidak berniat untuk meniru cuma mengambil inspirasi daripada konsep pereka fesyen antarabangsa itu.

Sumber Berita : Fauzi Aminudin & Diet Prada

Kredit Video : Fashion Channel

August 13th, 2018

Nampaknya minggu ini penuh dengan berita hangat selebriti di KLFW. Kali ini, pelakon jelita Nur Fazura pula menjadi perhatian penonton di acara tersebut.

Fazura telah membuatkan ramai yang terpukau dan bersorak apabila membuat gimik yang cukup epik apabila membawa jenamanya, Fazbulous dengan gaya yang tersendiri.

Mana tidaknya, semua model terbaring di atas pentas peragaan sambil Fazura ‘catwalk’ dengan penuh rasa yakin dan menampakkan karakter wanita yang sangat ‘independent’, memang tahap antarabangsa!

Rata-rata netizen memuji gimik Fazura itu dan berpendapat isteri kepada Fattah Amin itu tidak perlu ‘try hard’ untuk tampil menarik dan memang seorang ‘fashionista’ sejati serta layak digelar ikon fesyen.

Wah, kami sendiri pun terpukau saat menonton video Fazura di atas, memang gempak habis. Tahniah kerana berjaya mencipta satu kelainan.

Kredit Foto : MindQuest Production

Kredit Video: Wow Malaysia