Written by Bella | December 14th, 2017

Gara-gara isu Fattah Amin yang menarik diri sebagai tetamu jemputan rancangan MeleTOP pada saat akhir, aktor itu serta produksi MeleTOP dihimpit pelbagai spekulasi dan kecaman daripada netizen.

Walaupun Fattah belum memberikan apa-apa kenyataan. Produksi MeleTOP menerusi akaun Facebook rasmi mereka tampil memohon maaf atas apa yang berlaku dan turut menjelaskan perkara yang sebenar.

Menurut pihak MeleTOP, susunan rancangan pada malam Selasa itu telah dipersetujui oleh semua pihak dan tidak timbul isu Fattah tiba-tiba tarik diri kerana enggan bersemuka dengan bekas kekasihnya, Neelofa sebagai pengacara rancangan tersebut.

Difahamkan, pengurusan Fattah iaitu Fastyle Asia juga memaklumkan artis mereka itu benar-benar ada urusan kecemasan sehingga meninggalkan set MeleTOP dalam keadaan tergesa-gesa sehingga pihak produksi terpaksa mengejar beliau untuk mendapatkan mikrofon yang masih melekat di badan Fattah. Mereka juga sudah mengadakan mesyuarat dengan pihak Fattah dan akan menjawab segala persoalan tidak lama lagi.

Sumber Berita : Facebook MeleTOP

Written by Bella | December 14th, 2017

Pelawak dan pengacara Jihan Muse menerusi akaun Twitternya semalam menyelar sikap tidak bertanggungjawab seorang “hero” pujaan ramai. Jihan berkata, beliau yang sedang menanti waktu untuk bersalin juga tetap mengutamakan amanah serta tanggungjawab untuk bekerja.

Boleh tahan sinis dan “makan dalam” juga bahasa yang Jihan gunakan. Meskipun beliau tidak menyebut nama “hero” yang dimaksudkan, netizen bagaimanapun mempercayai ia ditujukan buat Fattah Amin berikutan kontroversi beliau menarik diri daripada program MeleTOP pada saat akhir kerana enggan bertemu dengan bekas kekasihnya, Neelofa.

Pada masa yang sama, Jihan juga mempertikaikan peminat fanatik artis terbabit yang masih ingin menyokong beliau walaupun apa yang dilakukan sudah menyusahkan banyak pihak dan tidak tampil menjelaskan apa yang berlaku secara terbuka sehingga tercetusnya pelbagai spekulasi.

Pelbagai kenyataan yang dikeluarkan berhubung isu Fattah tarik diri, namun sehingga hari ini masih ramai yang tidak tahu perkara sebenar yang berlaku di set MeleTOP malam Selasa lalu. Fattah juga sejak malam itu “menghilang” sehingga saat ini tanpa sebarang khabar ataupun penjelasan lanjut untuk menjernihkan keadaan.

Written by Bella | December 13th, 2017

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad yang turut berada di lokasi MeleTOP semalam memberitahu beliau juga merasa hairan Fattah Amin hilang secara tiba-tiba. Fahrin dan Fattah diberitahu oleh pihak produksi untuk muncul pada segmen pembukaan MeleTOP tanpa adanya pengacara asal rancangan tersebut  iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad sebelum pihak produksi menukar konsep pada saat akhir.

Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP  berdua (bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil. Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpingga-pingga kemana dia menghilang secara tiba-tiba.

Kami sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu. Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya.

Sebelum ke set siaran langsung MeleTOP, Fahrin dan Fattah terlebih dahulu mempromosikan drama My Coffee Prince lakonan mereka dalam program Hlive! Sehingga saat ini, Fattah masih berdiam diri meskipun isu ini semakin hangat diperkatakan.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Aqsoimran

Written by Bella | December 13th, 2017

Masih lagi mengenai kekecohan isu tarik diri Fattah Amin dari rancangan hiburan MeleTOP malam tadi. Ramai yang mendakawa pelakon popular itu sebenarnya tidak berani untuk bersemuka dengan bekas kekasihnya, Neelofa yang merupakan hos rancangan tersebut dan siap “demand” agar Neelofa tidak mengendalikan segmen pertama MeleTOP.

Emrina (kiri) bersama Fattah

Namun, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal menafikan dakwaan liar itu dan mengakui Fattah sejujurnya mempunyai urusan kecemasan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum siaran langsung.

Jika Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang dan terus balik sebaik saja selesai bersiaran bersama Hlive. Dia memang sudah bersedia di belakang pentas tapi beberapa minit sebelum kami nak bersiaran secara langsung, dia terpaksa pulang. Sebab ada urusan yang tidak dijangkakan dan tidak dapat dielakkan.

Menurut Emrina lagi, Fattah masih sanggup menerima undangan produksi MeleTOP meskipun jadual kerjanya agak padat. Astro juga ingin meminta maaf mengenai beberapa status yang dimuat naik sehingga mengundang rasa tidak puas hati serta perbalahan netizen.

Kami mohon maaf sebab tidak nyatakan secara jelas mengenai situasi ketika itu. Fattah memang ada tapi dia tidak dapat hadir secara langsung. Kekeliruan antara pihak Lofa dan Fattah juga sudah selesai selepas program tamat bersiaran.

Terdahulu, Fattah sepatutnya hadir ke MeleTOP untuk mempromosikan drama My Coffee Prince. Walaubagaimanapun, Fattah membatalkan kemunculannya itu pada saat akhir meskipun beliau sebenarnya sudah bersiap sedia di belakang pentas. Netizen mula mengamuk besar dan menganggap Fattah bersikap tidak profesional sehingga tercetusnya pelbagai spekulasi.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Aqoimran