Written by Bella | July 24th, 2019

Pelakon Fatin Afeefa baru-baru ini sekali lagi didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang, lelaki sama yang pernah dikaitkan dalam kontroversi terdahulu.

Pendedahan itu dimuat naik sendiri oleh isteri kepada lelaki tersebut menerusi laman sosial Twitter, mendakwa pelakon itu menjalin hubungan sulit dengan suaminya serta memaparkan juga beberapa bukti disebalik dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Fatin nampaknya enggan memberikan komen mengenai kontroversi itu dan berkata dia tidak mampu untuk menutup mulut orang daripada berterusan memburukkan namanya.

Saya tak boleh menutup mulut orang ramai untuk bercakap buruk pasal saya. Jika ada yang rasa cara itu dapat membahagiakannya, terpulanglah. Saya rasa berdiam diri adalah langkah terbaik. Orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai saya tidak patut diberi perhatian.

Bagi saya, apa yang disebarkan itu tiada kena mengena dengan diri saya. Jadi, saya tidak akan sesekali melayan perkara yang akan menyakitkan hati. Apa yang boleh saya katakan, apa yang disebarkan langsung tidak memberi kesan kepada diri saya.

Terdahulu, wanita yang dikatakan isteri kepada ‘skandal’ Fatin  mendakwa pelakon itu masih menjalin hubungan dengan suaminya meskipun Fatin pernah berjanji tidak akan mengganggu rumah tangga mereka lagi.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | June 27th, 2019

Seakan tidak serik, pelakon Fatin Afeefa sekali lagi didakwa berskandal dengan suami orang, lelaki sama yang pernah dikaitkan dalam kontroversi sebelum ini.

Pendedahan itu dimuat naik sendiri oleh isteri kepada lelaki tersebut menerusi laman sosial Twitter, mendakwa pelakon itu menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Menurut wanita itu, dia berang dan kecewa apabila mereka saling merahsiakan hubungan cinta itu, walaupun Fatin sebelum ini pernah berjanji tidak akan mengganggu rumah tangga mereka lagi.

“Dah janji tidak akan kacau rumah tangga aku lagi.”

Bukti mesej perbualan, dakwa Fatin pernah hantar gambar tidak senonoh kepada suaminya.

Harapnya Fatin dapat tampil memberikan penjelasan sebenar disebalik pendedahan ini.

Written by Bella | June 12th, 2018

Masih ingat lagi seorang wanita tampil mendakwa pelakon Fatin Afeefa sedang menjalinkan hubungan intim dengan suaminya sehingga rumah tangga mereka berantakan? Sebelum ini, wanita tersebut yang dikenali sebagai Hanna Marie turut mengatakan Fatin punca beliau dipukul oleh suami sendiri sehingga mengalami kecederaan yang teruk.

Kemelut antara mereka tidak pernah terhenti dan nama Fatin kembali hangat diperkatakan sejak semalam apabila Hanna mendakwa aktres itu masih lagi berdua-duaan dengan suaminya di dalam sebuah apartment pada bulan Ramadhan.

Hanna turut memaklumkan polis sudah berada di rumah Fatin untuk menjalankan pemeriksaan dan mengambil keterangan dari pelakon wanita itu atas dakwaan berkhalwat.

Menerusi akaun Twitternya, Fatin akui polis telah menyerbu rumahnya tetapi hasil pemeriksaan lanjut mendapati beliau tidak bersalah kerana tiada siapa dirumahnya seperti yang didakwa.

Namun, Hanna tetap tidak berpuas hati dan dilihat membalas ‘tweet’ Fatin dengan pelbagai lagi pendedahan mengenai sikap Fatin yang dikatakan agak kasar ketika serbuan itu berlaku.

Fatin enggan berdiam diri mengenai isu tersebut dan bakal membuat laporan polis kerana menggeledah rumahnya tanpa sebarang waran.

Written by Bella | May 8th, 2018

Pernah hangat dengan kontroversi mempunyai skandal ataupun hubungan intim dengan suami orang, terbaru Fatin Afeefa didakwa menjadi punca kepada keganasan rumah tangga pula.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai Hanna Marie mendedahkan beberapa foto dia dipukul oleh suami sendiri kerana Fatin.  Untuk makluman anda, Hanna adalah wanita sama yang mendakwa Fatin menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya sebelum ini.

Hanna memuat naik foto kesan penyangkut baju serta lebam pada tubuhnya yang dipercayai kesan dipukul teruk oleh suaminya yang berang  gara-gara dia menceritakan setiap butiran tentang percintaan suaminya itu bersama Fatin.

Wanita itu turut meminta Fatin untuk tidak mengganggu lagi suaminya meskipun lelaki itu berulang kali mengatakan dia sudah tidak berhubung dengan Fatin lagi.

Sejauh mana kebenaran disebalik segala isu ini tidaklah kami ketahui.  Malah, netizen juga mempersoalkan mengapa wanita berkenaan tidak membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan yang serius.  Fatin juga nampaknya hanya berdiam diri sahaja meskipun dihimpit dengan pelbagai tuduhan.