Seakan tidak serik, pelakon Fatin Afeefa sekali lagi didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang yang juga merupakan lelaki sama pernah dikaitkan dengan kontroversi terdahulu.
Meskipun dia pernah menafikannya, sekali lagi isteri kepada lelaki tersebut yang menggunakan nama Mag menerusi laman Twitter membuat pendedahan bahawa Fatin tidak pernah berhenti mengganggu suaminya dan mereka masih hangat memadu asmara.
Berhenti hancurkan rumah tangga orang
Wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dan berang apabila mengetahui mereka masih lagi berhubung secara sulit. Malah menyifatkan Fatin seorang yang kuat “berdrama” sehingga pernah mengugut untuk bunuh diri sekiranya kekasihnya itu tidak menjawab panggilan telefon.
Bukti perbualan Fatin bersama suami orang
Kami pun tidak tahu bila agaknya episod dakwaan merampas suami orang ini akan berakhir, dah macam siri telenovela pun ada. Apa-apa pun, harapnya Fatin dapat tampil memberikan penjelasan disebalik pendedahan ini dan semoga segala salah faham atau kemelut dapat diselesaikan secara baik.
amanda
March 4, 2020 at 4:49 pm
mane komen banyak2, sejak BN dh berubah wajah ni mcm dh susah nak bace komen2 lain.. ke aku sorang je tak nampak? mcm xsyok plk xleh baca komen kengkawan..
Siti
March 3, 2020 at 2:29 pm
Aah.. Ni memalukan diri sendiri. Nak marah fatin..tp laki dia yg gatal. Klu salah pun bkn fatin sorang..suami u yg mulakan..
Anonymous
March 3, 2020 at 12:49 pm
Nampak cam husb dia yg gatal. Msg tu tunjuk yg fatin dh tak nak layan tapi husb mag yg rayu2 dia