August 8th, 2018

Sejak mula berkenalan dengan Aidil Aziz, wajah pelakon jelita Fasha Sandha tidak pernah lekang dengan senyuman yang manis dan memang boleh nampak betapa bahagianya beliau sekarang. Benarlah kata orang, cinta baharu boleh menyembuhkan semua luka dan derita lama.

Sebelum ini, Aidil ada mengatakan beliau sudah bersedia untuk memperisterikan Fasha, namun pihak perempuan lebih bersikap peribadi mengenai hala tuju hubungan mereka.

Terbaru, Fasha memberitahu beliau dan Aidil sudah pun bertemu dan mengenali keluarga kedua-dua belah pihak.

Saya dan Aidil dah saling mengenali keluarga masing-masing. Saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga pernah bertemu keluarga saya. Anak-anak saya pun selesa disamping Aidil. Malah, Aidil antara lelaki yang paling rapat dengan Rayfal dan Jemaima selain bapa mereka.

Kalau ikutkan anak perempuan saya susah nak rapat dengan orang tapi dengan Aidil ni senang saja. Mungkin sebab Aidil ada aura budak-budak.

Ehem, mesra dan ‘sweet’ juga aksi Fasha dan Aidil kan? Kalau dah bahagia bersama dan berjumpa dengan orang yang sesuai serta rapat dengan anak-anak, apa tunggu lagi? Kata orang benda baik itu kalau dipercepatkan apa salahnya. Apa-apa pun, kami mendoakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Aqo Imran

August 6th, 2018

Sejak mula terbuka berbicara mengenai hubungan mesra bersama Aidil Aziz, pelakon jelita Fasha Sandha tidak henti diajukan soalan bila agaknya beliau akan berkahwin.

Menjawab soalan mengenai perkahwinan yang ditanya oleh netizen menerusi Ask Me Question di Instagram, Fasha memberitahu beliau menyerahkan soal itu kepada pihak lelaki. Secara jujurnya, beliau sangat bahagia menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

Dalam pada itu, Fasha sempat juga bergurau dan mengatakan “ If I kahwin nanti orang lain dapat title janda paling hot”.

Apa-apa pun, Fasha tetap meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya. Biarlah Fasha dan Aidil mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam, jika ada jodoh pasti tidak kemana.

Kredit Foto : AQO IMRAN

July 16th, 2018

Setelah lama bergelar janda dan pernah mengatakan belum bersedia untuk bercinta lagi, hubungan yang terjalin antara aktres Fasha Sandha dan Aidil Aziz tidak dinafikan mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas tersebarnya video mereka berpelukan mesra.

Aidil juga dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui sudah bersedia untuk memperisterikan Fasha dan ia membuatkan ramai yang tertanya adakah hubungan mereka sudah ke fasa yang lebih serius. Namun, Fasha nampaknya enggan memberikan komen lanjut dan sebagai wanita agak tidak manis untuk beliau berbicara hal itu, lebih baik Aidil sahaja yang mengulas mengenainya.

Persoalan mengenai hubungan kami, rasanya lebih manis jika Aidil yang ulas. Selagi tiada kepastian, lebih baik saya mengunci mulut. Ada baiknya juga jika persoalan itu ditanyakan terus kepada Aidil. Andai ditanya mengenai bahagia, memang saya sedang gembira. Sejak dulu lagi, saya memang bahagia. Hanya itu yang mampu saya katakan. Maaf sangat, saya tidak mampu ulas lebih mengenai hubungan kami.

Fasha pada masa yang sama memberitahu beliau enggan ambil peduli  memikirkan mereka yang membenci dan mengkritik hubungannya dan Aidil. Betul kata Fasha, buat apa hendak tertekan dengan kata-kata orang lain sedangkan mereka tidak berhak mengawal kehidupan kita.

Sumber Berita : BH ONLINE

July 4th, 2018

Lebih selesa melabelkan hubungannya bersama Fasha Sandha sebagai teman rapat, pelakon Aidil Aziz bagaimanapun mengakui beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan memperisterikan Fasha sekiranya jodoh beliau sudah tersurat bersama aktres jelita itu.

Tidak mempedulikan setiap komen negatif daripada netizen yang mempertikaikan kemesraan mereka, Aidil tidak putus mengharapkan agar peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Fasha.

Pada usia 31 tahun, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Justeru, saya kena bekerja keras dan fokus pada kerjaya. Jika ditakdirkan kami bertemu jodoh, saya terima. Saya malas ambil peduli kata negatif yang mempertikai hubungan kami. Lebih baik saya memandang hari depan. Doakan yang baik buat kami dan insya-Allah, sampai masa nanti segala persoalan akan terlerai.

Terdahulu, Fasha juga mengakui Aidil adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya dan membuatkan dirinya serta anak-anak lebih bahagia dan gembira.

Sumber Berita : BH ONLINE