January 23rd, 2019

Selepas Haneesya Hanee, dua lagi bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019  iaitu Erni Nurshahira (Ernisha) dan Faizni Fazreen tampil memohon maaf berhubung kontroversi mereka berhibur di kelab malam dan meminum arak.

Mengakui kesilapan kerana sudah melanggar kontrak Dewi Remaja, Ernisha berharap dengan permohonan maaf ini, isu tersebut tidak akan dipanjangkan lagi.

Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan. Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku.

Fazreen yang turut memohon maaf dan sama seperti Ernisha, beliau juga berharap apa yang berlaku tidak akan lagi diperkatakan dan ingin fokus membina kariernya.

Saya memohon maaf, saya tahu ia kesalahan saya dan ia boleh menjejaskan nama saya serta syarikat.  Saya berharap perkara yang lepas itu tidak lagi dikenang, dan semoga selepas ini hanya perjalanan karier saya yang diperkatakan. Kami belajar daripada kesilapan ini, sama juga seperti kita yang pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Bagi yang mengecam, kami ambil jalan untuk tidak menghantar reply kepada mereka.

Pada 17 Januari lalu, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik juara Haneesya Hanee ditarik balik dan tiada Dewi Remaja untuk edisi kali ini. Ernisha dan Fazreen pula dilarang menggunakan gelaran finalis Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Sumber Berita & Foto : Remaja

January 22nd, 2019

Kontroversi finalis Dewi Remaja 2018/2019 berparti sakan di kelab malam dan meminum arak sehingga ada yang membuka tudung antara isu yang paling hangat sepanjang minggu lalu.

Pelbagai spekulasi timbul dan umum mengetahui keputusan drastik sudah dibuat dimana gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik manakala Ernisha dan Fazreen tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran  Finalis Dewi Remaja untuk karier mereka pada masa akan datang.

Ernisha antara yang teruk juga dikecam netizen kerana membuka tudung tampil seksi di kelab malam dengan memakai bini telah tampil memohon maaf. Katanya, beliau akan cuba untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Pernah mendakwa ada pengkhianat didalam Dewi Remaja yang menyebarkan video kontroversi itu, Ernisha yang sudah memaafkan ‘pengkhianat’ itu berdoa agar satu hari nanti invidu tersebut tidak ditimpa perkara yang sama.

Dalam pada itu, Ernisha juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sering memberikannya kata-kata semangat ketika dihimpit kontroversi.  Buat Ernisha, apa yang berlaku ada hikmahnya.

Sumber Berita : Twitter & Oh Bulan

January 18th, 2019

Kontroversi video parti sakan di kelab malam dan arak membabitkan peserta Dewi Remaja Haneesya Hanee, Ernisha dan Fazreen masih lagi belum reda dan keluar pula isu hangat lain.

Enggan berdiam diri dan terus dikecam netizen, Ernisha menerusi Insta Stories mendedahkan ada pengkhianat di dalam Dewi Remaja.

Pelbagai spekulasi yang timbul apabila Ernisha turut mendedahkan ‘screenshot’ perbualan Whatsapp antara seorang lagi finalis Dewi Remaja.

Keadaan menjadi lebih panas apabila Ernisha seakan memberikan gambaran bahawa Anna Jobling adalah dalang disebalik penyebaran video itu.

Meskipun tuduhan itu belum diketahui kebenarannya, netizen suda mula ‘menyerang’ Instagram Anna dengan pelbagai komen.

Buat masa ini, kita janganlah mudah percaya bulat-bulat apa yang dikatakan di media sosial. Lebih baik tunggu sahaja perkembangan lanjut berkaitan kontroversi ini.

Sumber Berita : Twitter