Written by Bella | June 28th, 2019

Memberikan bayangan orang terdekat yang terlibat dengan kes kecurian wangnya bernilai lebih RM200,000, penerbit Datuk A. Aida bagaimanapun enggan komen lanjut mengenai bekas suaminya, Ariff Aziz yang dikaitkan dalam kes berkenaan.

A. Aida tidak mahu mengganggu proses siasatan dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis. Cukuplah sekadar dia memaklumkan individu yang terbabit adalah orang yang pernah rapat dengannya.

Sebaik pulang ke tanah air, saya terus buat pemeriksaan dan mendapati terdapat dua kali transaksi ke satu akaun. Saya pelik kerana transaksi dibuat pada waktu subuh. Tapi, saya tak kecoh lagi sebab tak nak peningkan kepala. Jadi, saya diamkan saja kerana ketika itu saya dalam proses nak failkan perceraian.

Namun, A.Aida berharap individu yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang agar ia dapat menjadi pengajaran.

Dalam masa sama, saya mahu individu itu diambil tindakan undang-undang supaya ia menjadi pengajaran kepada semua.

Kenapa nak kena mencuri? Kenapa tak minta? Apa pun, saya berharap pihak polis cepat ambil tindakan. Saya difahamkan, individu itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan Ariff Aziz merupakan suspek utama kes berkenaan. Telefon bimbit pelakon itu juga dirampas pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut terutama sekali berkaitan transaksi yang dibuat. Buat masa ini, pihak polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum melakukan pendakwaan terhadap suspek.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 28th, 2019

Baru-baru ini penerbit Datuk A. Aida mendedahkan mengalami kerugian lebih RM200,000 akibat kes kecurian. Dua transaksi dilakukan tanpa pengetahuannya.

Perkara itu dilakukan oleh individu yang pernah rapat dengan A. Aida dan segala persoalan bakal terjawab apabila bekas suaminya, Ariff Aziz dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya berjaya menjejaki Ariff pada Selasa lalu dan mengesahkan pelakon itu merupakan suspek utama kes berkenaan.

Suspek adalah bekas suami A. Aida sendiri. Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya. Kami rampas telefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya terutama berkaitan transaksi yang dibuat.

Buat masa ini, pihak polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum melakukan pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, A. Aida menamakan individu terdekat dengannya telah membuat dua transaksi pindahan pelaburan ke akaun tidak dikenali kerana hanya individu itu sahaja mempunyai segala butiran peribadi penerbit itu untuk tujuan tersebut. Transaksi itu dilakukan pada 1 Mac 2019 sekitar jam 5.45 pagi sebelum A. Aida berangkat ke Mesir. Keseluruhan jumlah wang yang hilang adalah RM213,805.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | June 26th, 2019

Penerbit popular Datuk A. Aida yang sebelum ini hangat dengan kontroversi perceraian mendedahkan dia kini mengalami kerugian besar sebanyak RM200,000 akibat kes kecurian.

Dia menyedari tentang kehilangan wang itu sebaik sahaja pulang bercuti dari Mesir pada 1 Mac lalu dan sudah membuat laporan polis berkenaan kes tersebut pada Jumaat  21 Jun lalu.

Saya tidak boleh komen banyak tapi memang betul. Saya sudah melakukan laporan polis. Sekarang ini dalam penyiasatan. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan.

Saya mula sedar ketika pulang bercuti dari Mesir pada 1 Mac lalu. Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200,000 dan transaksi wang dilakukan sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes berkenaan sama ada melibatkan bekas suami, Ariff Aziz, A. Aida enggan memberikan sebarang komen.

Sumber Berita : Kosmo Online

Kredit Foto : Utusan Online