June 28th, 2019

Baru-baru ini penerbit Datuk A. Aida mendedahkan mengalami kerugian lebih RM200,000 akibat kes kecurian. Dua transaksi dilakukan tanpa pengetahuannya.

Perkara itu dilakukan oleh individu yang pernah rapat dengan A. Aida dan segala persoalan bakal terjawab apabila bekas suaminya, Ariff Aziz dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya berjaya menjejaki Ariff pada Selasa lalu dan mengesahkan pelakon itu merupakan suspek utama kes berkenaan.

Suspek adalah bekas suami A. Aida sendiri. Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya. Kami rampas telefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya terutama berkaitan transaksi yang dibuat.

Buat masa ini, pihak polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum melakukan pendakwaan terhadap suspek.

Terdahulu, A. Aida menamakan individu terdekat dengannya telah membuat dua transaksi pindahan pelaburan ke akaun tidak dikenali kerana hanya individu itu sahaja mempunyai segala butiran peribadi penerbit itu untuk tujuan tersebut. Transaksi itu dilakukan pada 1 Mac 2019 sekitar jam 5.45 pagi sebelum A. Aida berangkat ke Mesir. Keseluruhan jumlah wang yang hilang adalah RM213,805.

Sumber Berita : mStar Online

20 responses to “Lebih RM200,000 Lesap, Polis Sahkan Bekas Suami A. Aida Suspek Utama”

  1. bong cit says:

    awal ko kawin pun dh tau kawin dgn makcik tu bab duit…klo makcik tu pelakon extra xda makna ko nak…

  2. Anonymous says:

    Hummm..
    No komen lh …Aidah dah taraf nenek dah pernanyakan amal ibadah je lh nek aida! Tk pyh lh carik ank ikan untuk kawin, nek kena sedar nen, walaupun nenek rasa nenek macam org muda tapi hakikat nya nenek tetap dah tua dan di mamah usia nenek pun dah umur 50 tahun nek! Ank ikan semua tu klu npk nenek pun dia bukan terliur kn body nenek pun, walaupun nenek ari ari pegi gym pkai ketat ketat dia org tk tergoda pun kat body nenek dia org tu semua gila nk kan duit nenek je…pls lh nek after this focus pada amal ibadah dulu,pls tu focus untuk buat drama yg bagus bagus yg bukan takat bik pelako cantik tapi pelakon cm kayu ya nek aida ye. Radios nek banyak Jan ge masjid ya nek umur pun dah 50 … ingat ingt lh mati pulak…nek …