September 5th, 2019

Sekarang ini, nama pelakon Ben Amir memang cukup popular, menjadi kegilaan gadis-gadis di luar sana apabila drama Sweet Dreams gandingannya bersama Mira Filzah meletup.

ben amir

Baru sahaja namanya ingin melonjak naik, tiba-tiba kecoh pula dengan video ‘terlampau’ lelaki mirip Ben yang disebarkan menerusi laman Twitter.

Video berkenaan secara jelas menunjukkan seorang lelaki mirip pelakon itu memakai baju T berwarna kelabu beraksi di hadapan kamera, sebelum bertindak menanggalkannya dan beraksi mengghairahkan.

video ben amirvideo panas ben amir

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada benar lelaki itu adalah Ben. Siapa tahu mungkin juga pelanduk dua serupa? Lagipun, ini bukan pertama kali video sebegini tersebar apabila selebriti yang diperkatakan sedang popular.

Apa-apa pun, perlu lebih berhati-hati ketika berinteraksi di media sosial. Zaman sekarang macam-macam cara boleh dilakukan oleh orang lain yang ingin menjatuhkan kita.

Advertisement
August 23rd, 2019

Menjadi seorang pelakon bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila watak yang dibawa adalah seorang OKU percakapan (bisu) seperti yang dilakonkan oleh Mira Filzah di dalam drama Sweet Dreams. Bergandingan dengan hero kacak Ben Amir, lakonan Mira sebagai Putri dikatakan tidak realistik dan gagal mendalami kesukaran seorang yang tidak boleh di dalam dunia sebenar. Sudah tentu berlakon tanpa sebarang dialog amat sukar kerana Mira terpaksa menggunakan bahasa isyarat, riak muka dan bahasa mata untuk meluahkan emosi, jiwa dan perasaannya.

mira filzah

Enggan membiarkan kritikan-kritikan itu menghantui dirinya, Mira Filzah mengambil pendekatan untuk mengawal emosi agar dirinya tidak tertekan. Kata Mira:-

Saya tidak tertekan dengan pelbagai kritikan yang dilemparkan warganet. Mereka bebas berkata apa sahaja dan semua itu di luar kawalan saya. Boleh sahaja saya membidas semula setiap kecaman yang dilemparkan, tetapi untuk apa? Sebagai selebriti, saya perlu bijak mengawal emosi dan tidak menggunakan media sosial untuk menonjolkan pengaruh tidak baik.

Pasti ada yang senang, tidak kurang yang cuba mencari dan mencungkil kelemahan serta kesilapan kita. Serangan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Setiap orang mahu memberikan pendapat dan menegakkan pandangan mereka. Saya bagaimanapun, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan orang lain, terutama mereka yang hanya mencari kelemahan dan kesilapan.

Apa yang lebih penting adalah menjaga hati dan perasaan kedua-dua orang tua. Mereka sentiasa memerhati setiap pergerakan dan tindak-tanduk saya. Itu yang saya jaga kerana tidak mahu perbuatan saya mengguris perasaan mereka.

mira filzah

Pada pandangan Abang Nara, kritikan membina dari netizen haruslah diterima kerana ia akan membantu Mira memperbaiki mutu lakonannya di masa hadapan. Mira mempunyai pakej yang menarik dan sekiranya ia ditambah dengan teknik lakonan yang lebih berkesan, pasti Mira akan menjadi seorang pelakon yang lengkap. Jangan ambil tidak peduli langsung segala kritikan, kerana kadangkala dalam kepahitan, ada kebenarannya. Apa pula pendapat anda tentang lakonan Mira Filzah di dalam drama Sweet Dreams? Sumber Berita Harian.

Advertisement
August 16th, 2019

Digandingkan bersama Mira Filzah di dalam drama bersiri Sweet Dream, pelakon kacak Ben Amir  yang membawa watak Qash Adam semakin mendapat perhatian ramai.

ben amir mira filzah

Penampilan Ben yang berambut panjang membuatkan ramai wanita ‘cair’ dan disifatkan sebagai seorang yang romantis.

Siapa sebenarnya lelaki yang menjadi kegilaan ramai ini? Jom kita kenali jejaka paling hangat di pasaran.

 

BIODATA

ben amir sweet dreams

  • Muhammad Amir bin Sabaruddin atau lebih dikenali dengan nama Ben Amir dilahirkan di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1990 dan kini berusia 29 tahun.
  • Bekas penuntut UiTM Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.
  • Mula mencipta nama menerusi pertandingan Hero Remaja 2012 disamping pelakon popular lain iaitu Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan.
  • Namanya mula dikenali dalam drama popular Suri Hati Mr. Pilot, memegang watak sebagai Dr. Muslim. Gandingan bersama Neelofa dan Fattah Amin pada 2016.
  • Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon jelita Uqasha Senrose.

FOTO TERKINI BEN AMIR

ben amirbiodata ben amirinstagram ben amirfoto ben amirben amir

Advertisement