Written by AbangNara | August 23rd, 2019

Menjadi seorang pelakon bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila watak yang dibawa adalah seorang OKU percakapan (bisu) seperti yang dilakonkan oleh Mira Filzah di dalam drama Sweet Dreams. Bergandingan dengan hero kacak Ben Amir, lakonan Mira sebagai Putri dikatakan tidak realistik dan gagal mendalami kesukaran seorang yang tidak boleh di dalam dunia sebenar. Sudah tentu berlakon tanpa sebarang dialog amat sukar kerana Mira terpaksa menggunakan bahasa isyarat, riak muka dan bahasa mata untuk meluahkan emosi, jiwa dan perasaannya.

mira filzah

Enggan membiarkan kritikan-kritikan itu menghantui dirinya, Mira Filzah mengambil pendekatan untuk mengawal emosi agar dirinya tidak tertekan. Kata Mira:-

Saya tidak tertekan dengan pelbagai kritikan yang dilemparkan warganet. Mereka bebas berkata apa sahaja dan semua itu di luar kawalan saya. Boleh sahaja saya membidas semula setiap kecaman yang dilemparkan, tetapi untuk apa? Sebagai selebriti, saya perlu bijak mengawal emosi dan tidak menggunakan media sosial untuk menonjolkan pengaruh tidak baik.

Pasti ada yang senang, tidak kurang yang cuba mencari dan mencungkil kelemahan serta kesilapan kita. Serangan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Setiap orang mahu memberikan pendapat dan menegakkan pandangan mereka. Saya bagaimanapun, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan orang lain, terutama mereka yang hanya mencari kelemahan dan kesilapan.

Apa yang lebih penting adalah menjaga hati dan perasaan kedua-dua orang tua. Mereka sentiasa memerhati setiap pergerakan dan tindak-tanduk saya. Itu yang saya jaga kerana tidak mahu perbuatan saya mengguris perasaan mereka.

mira filzah

Pada pandangan Abang Nara, kritikan membina dari netizen haruslah diterima kerana ia akan membantu Mira memperbaiki mutu lakonannya di masa hadapan. Mira mempunyai pakej yang menarik dan sekiranya ia ditambah dengan teknik lakonan yang lebih berkesan, pasti Mira akan menjadi seorang pelakon yang lengkap. Jangan ambil tidak peduli langsung segala kritikan, kerana kadangkala dalam kepahitan, ada kebenarannya. Apa pula pendapat anda tentang lakonan Mira Filzah di dalam drama Sweet Dreams? Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Lakonan Watak Bisu Tidak Realistik, Mira Filzah Tidak Tertekan Kritikan Netizen

  1. Rin says:

    Drama sweet Dreams tu ala ala drama korea, tak best mane pon terutama hero die, muka ketat, susah senyum,

    3

    7
    • Cantik says:

      Cer jgn condem..mmg la hero muka ketat sbb di ada masalah..dlm tu kan dia sakit..ada 6 bulannak hidup..mmg la emosi camtu..takan dia nak gelak plk..nt lari plk jln crita…klu kita hayati betul2 crita tu….nmpk dia happy bila putri bg 6 hari nak mengorat dia….

      11

      1
    • Anonymous says:

      Nak komen pun x selera sebb mira ni xde aura or rupa pelakon. Utk jd awek 7e, blh la. Lebih2, x seswai. Taste malaysian mmg takat ni je ke

      2

      3
  2. ghy says:

    nasib baik aku tak tgk hihuuu

    9

    1
  3. Minah membawang says:

    Aku rse watak ayda jebat jd bisu dlm aku nazmi lbh menjadi bbndg watak putri ni..putri ni xnmpk cm bisu pn,mulut terkumat kamit berkata2,smbil wt bhse isyarat yg simple2,xreal lgsg..ayda jebat jd bisu best,nmpk real..aku bkn AJ fans,aku puji sb bakat lakonan die je..nsb bek aku xtgk drama ni,buang ms..suke sgt tiru drama korea,realitinye dlm msia ni ade ke yg cmtu?tnye jek

    27

    1
  4. ~s says:

    rasa mcm ok je mira filzah berlakon jd bisu..

    5

    9
  5. Anonymous says:

    Sheila rusly dlm pia pun nmpk natural watak bisu sebab pernah jumpa org OKU sebijik mcm tu di luar. Tapi dia dah berpengalaman berbanding mira ni. Tak boleh jgk nak compare.

    16

    -1
  6. kelantit says:

    control memanjang. menyampah

    15

    0
    • Anonymous says:

      ingat aku je perasan… mcm drama nur yg tengok boleh murung cam nk tampar muka hero..apasal ko meserable sgt?

      2

      2
  7. Anonymous says:

    Syafiq Kyle .. skrg si Ben ni pulak. Muka ketat giler naik bosan tengok drama Melayu terlebih feel.

    6

    2
  8. Ra says:

    Tak suka jgn tengok la….apa laa bodoh
    Dah tengok byk bunyi pulak….lg bodoh
    Tak paham aku….manusia hati kotor ni x puas hati manjangg

    3

    6
  9. FFFFFF says:

    Ok lah drama ni. Tengok scenery dia, video editing, cinematography best. Jalan cerita pun tak kurang hebatnya. Mira menjadi dalam cerita ni. Memanglah bisu yang happy dan cerdik macam tu. Sebab hati baik nampak baik (itu kan message watak tu). Mungkinlah ada sedikit tak best. Tapi chill lah semua benda nak berat hinggakan drama chill pun nak di’berat’kan, dah kenapa mentaliti kita ni

    5

    0
  10. umairah says:

    kihkih berdebat psl drama, watak2 cerita aje ye nkorg

    0

    0
  11. anon says:

    patut jadi bisu yang cuba buat bahasa isyarat dgn miming mulut ..dan berbunyik2 sikit sebab bisu tak leh cakap kan ..baru real ..
    ini setajat type kat hp je ..umpama bukan bisu cuma malas nak cakp
    lepas tu memek muka ko tu eehh annoying wei..

    4

    1

Tinggalkan Komen Anda Di Sini