Written by Bella | February 8th, 2016

Pelakon terkenal Aaron Aziz meluahkan rasa kecewa serta terkilan apabil ada pihak yang memfitnah anak bongsunya, Dahlia Arissa kini sedang bertarung nyawa.

Jelas Aaron,  sebagai seorang bapa berita palsu itu adalah satu perkara yang menyedihkan buatnya apabila ada pihak yang sewenang-wenangnya mempermainkan soal hidup dan mati seseorang.

Inilah yang akan berlaku apabila orang yang tak lulus zaman persekolahan dan nak cari publisiti murahan dengan membuat fitnah, salah anggapan atau apa sahaja kebodohan sampai berita begini boleh keluar. Tak kelakar. Tak gelak. Tak ada apa-apa yang baguslah dengan membuat-buat cerita palsu begini.

Menurut isterinya Diyana Halik, berita palsu yang tersebar itu merupakan foto ketika Dahlia ingin menjalani satu pembedahan pada tahun lalu dan ia dimanfaatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita berkenaan.

Berita yang tersebar itu merupakan gambar Dahlia sewaktu ingin menjalani pembedahan. Perkara itu sudah lama berlaku iaitu pada tahun lalu. Sayangnya, mereka guna gambar itu, cakap takziah apa lah.

Walhal Dahlia sudah keluar sihat. Orang fitnah anak dia, itu yang dia rasa bengang. Padahal sekarang ini dia yang dimasukkan ke hospital.

Aaron kalau orang fitnah dia tak mengapa, dia boleh terima lagi, tapi bukan sehingga membabitkan anak-anak. Bapa mana yang tidak melenting jika ada orang buat fitnah pasal anak sendiri.

Setiap bapa pun akan bengang dan kecewa apabila ada pihak membuat berita palsu tentang kematian anak mereka. Banyak dah kes begini berlaku kepada artis lain juga. Berhentilah sebarkan fitnah yang melibatkan hidup mati seseorang.

Sumber Berita: Kosmo Online

Written by AbangNara | December 31st, 2013

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz iaitu Diyana Halik telah mengumumkan bahawa dirinya akan memakai hijab. Banyak pihak terutama peminat dirinya teruja untuk melihat wajah terbaru Diyana. Kini menerusi akaun Instagramnya, Diyana telah berkongsi beberapa keping gambar dirinya dengan penampilan bertudung.

diyana halik bertudung

Comel bukan? Memang makin terserlah kemanisan dan keayuan Diyana Halik sejak bertudung ini. Semoga Diyana akan terus istiqamah dalam menunaikan tuntutan agama. Sama-samalah kita doakan. Beberapa lagi gambar Diyana Halik bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 24th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik atas perubahan ini. Memang Diyana nampak lebih manis dan ayu dengan bertudung. Keputusan untuk berhijab ini diambil oleh Diyana selepas pulang bercuti dari Hong Kong baru-baru ini. Abang Nara pasti ramai yang gembira dengan penghijrahan Diyana ini.

isteri diyana halik bertudung

Kata Aaron Aziz mengenai perubahan isterinya ini:-

Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri.

Saya mahu anak-anak pun sama berubah juga, kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat. Dahulu kalau saya tegur mereka akan mereka akan mempersoalkannya, kali ini biar mereka juga ikut seperti ibu mereka

isteri diyana halik bertudung

Menariknya Diyana Halik menceritakan yang tindakan suaminya yang kerap menghantar video mengenai kiamat menyebabkan hatinya mahu berubah. Kata Diyana:-

Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung. Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia

Sebelum ada yang mengeluarkan suara mengapa Diyana hanya berselendang dan masih menampakkan sedikit rambutnya, janganlah terus menghukum. Diyana khabarnya masih belum sempat pergi membeli tudung. Berikanlah masa buat Diyana. Nanti lemah semangat pula dia. Sama-sama kita nantikan imej baru Diyana yang lebih sempurna kelak.

Written by AbangNara | August 20th, 2013

Maldives memang merupakan salah satu tempat paling romantik di dunia. Keindahan pulau dan pantainya memang mengkagumkan. Abang Nara masih tidak berkesempatan untuk ke sana. Itu yang bertambah jeles apabila melihat Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik menikmati suasana romantik Maldives sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-10.

aaron aziz

Mereka berdua telah pun mendirikan rumahtangga sejak 3 Ogos 2003. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan 3 cahaya mata. Abang Nara suka sangat dengan pasangan ini kerana rumahtangga mereka tidak pernah dilanda kontroversi. Semoga kebahagiaan yang dikecapi berkekalan sehingga akhir hayat.

aaron aziz

Beberapa lagi gambar romantis Aaron Aziz dan isteri di Maldives dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: 5 cara modifikasi enjin untuk tingkatkan prestasi kereta anda