Anak Sulung Sambung Belajar Ke Jepun, Aaron Aziz Terpaksa Akur Berpisah Selama 3 Tahun

Hiburan

Anak Sulung Sambung Belajar Ke Jepun, Aaron Aziz Terpaksa Akur Berpisah Selama 3 Tahun

Melihat anak sulungnya, Danish Anaqi yang kini berusia 16 tahun sudah berangkat ke Jepun untuk menyambung pelajarannya, pelakon Datuk Aaron Aziz, 44, zahir rasa sedih.

Advertisement

Menurutnya, anak sulungnya itu akan berada di sana selama tiga tahun untuk kursus Pra-IB dan diploma.

“Tabarakallah Ya Allah. Kau lah sebaik-baiknya penjaga untuk anakku @danishanaqiaaron. Lindungi dia dan semua pelajar dari bahaya yang dilihat atau tidak dilihat. Berat hati ini melihat anak sulungku ke luar negara untuk 3 tahun di Jepun.”

Perkongsian yang dimuat naik itu menunjukkan Aaron sedang memeluk Danish di sebuah lapangan terbang sebelum anaknya berangkat meninggalkannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya pengikutnya tidak lekang mendoakan agar Danish sentiasa dirahmati Allah SWT sepanjang menuntut ilmu. Malah tidak ketinggalan menitip kata-kata semangat untuknya sepanjang berada di tempat orang.

Untuk rekod, Aaron yang telah berkahwin dengan Datin Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Dwi Ariana dan anak bongsu mereka Dahlia Arissa.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...