“I Taknak You Jumpa Syamsul No Matter What” – Aaron Akur Isteri Halang Bertemu Syamsul Demi Kesihatan Mental Keluarga

Trending

“I Taknak You Jumpa Syamsul No Matter What” – Aaron Akur Isteri Halang Bertemu Syamsul Demi Kesihatan Mental Keluarga

Konflik yang berlaku di antara pelakon Datuk Aaron Aziz dengan pengarah, Syamsul Yusof kini menjadi bualan hangat ramai di media sosial.

1 year ago

Bukan Program Fear Factor, Isteri Dedah Kecederaan Aaron Aziz Sebenarnya Berpunca Daripada Filem KL Gangster

Advertisement

Terbaru, hantaran dimuat naik oleh aktor berusia 47 tahun itu meraih perhatian apabila dia menunjukkan perbualannya bersama isteri, Datin Diyana Halik.

Menerusi perbualan mereka itu, Diyana berkata dia tidak mahu Aaron pergi berjumpa dengan Syamsul kerana berasa tertekan dengan kontroversi yang melanda suaminya.

Bukan itu sahaja, Diyana juga meminta agar Aaron memikirkan tentang kesihatan mental keluarga mereka yang terganggu disebabkan konflik ini.

I taknak you jumpa Syamsul no matter what. Saya sangat cemas. I tak boleh (tahan) dengan kontroversi begini lagi. Janji dengan I (tidak jumpa Syamsul), untuk I dan kesihatan mental I.”

Malah, Aaron turut memaklumkan bahawa anak bongsunya juga cukup terkesan dengan kontroversi ini sehingga menangis di dalam bilik.

Pelakon berasal dari Singapura itu juga turut meminta maaf kerana tidak menjawab panggilan dan dia enggan lagi memberi apa-apa kenyataan berhubung konflik mereka berdua.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...