Bukan Program Fear Factor, Isteri Dedah Kecederaan Aaron Aziz Sebenarnya Berpunca Daripada Filem KL Gangster

Trending

Bukan Program Fear Factor, Isteri Dedah Kecederaan Aaron Aziz Sebenarnya Berpunca Daripada Filem KL Gangster

Bukan hanya kemelut rumah tangganya yang menjadi bualan hangat tetapi juga konflik bersama beberapa selebriti lain turut jadi topik bualan netizen.

Seperti yang ramai tahu, Syamsul Yusof baru-baru ini akhirnya menceritakan mengapa nama Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada filem terbaru arahannya, The Original Gangster.

Advertisement

Bagaimanapun, pelakon berusia 47 tahun itu telah tampil dengan video yang dimuat naik di Instagram, untuk membidas kenyataan Syamsul.

2 years ago

"Bila Nak, Kau Datang, Bila Tak Nak, Kau Buang Aku Macam Sampah!" - Aaron Aziz Bidas Syamsul Yusof

Dakwa Aaron, dia dianiaya oleh pengarah sensasi itu yang tidak mengikut perjanjian membabitkan fighting scene di dalam filem tersebut.

Isteri Aaron, Datin Diyana Halik turut tampil mendedahkan bahawa kecederaan yang dialami suaminya itu sebenarnya berpunca daripada penglibatannya dalam filem KL Gangster.

Apa yang suami saya lalui beberapa tahun lalu adalah kecederaan tulang belakang ketika penggambaran filem KL Gangster. Ia berlaku sewaktu menjalani latihan filem berkenaan.”

Menerusi Instagram, Diyana berkata sebelum ini dia hanya mendiamkan diri namun kali ini dia perlu bersuara untuk mempertahankan suaminya yang menjadi mangsa body shaming dan dimalukan.

Dia juga berkata konflik yang berlaku ini akan dijadikan iktibar serta turut menegaskan bahawa budi bahasa tetap perlu diutamakan dalam segala hal.

Bagaimanapun, Diyana dilihat sudah menyunting semula kenyataan panjang yang ditulisnya itu sebelum ini dan mengakui terlalu terikut-ikut dengan emosi.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Aaron mengalami kesakitan selepas satu kemalangan ketika penggambaran rancangan realiti Fear Factor Malaysia tahun 2013.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...