“Bila Nak, Kau Datang, Bila Tak Nak, Kau Buang Aku Macam Sampah!” – Aaron Aziz Bidas Syamsul Yusof

Hiburan

“Bila Nak, Kau Datang, Bila Tak Nak, Kau Buang Aku Macam Sampah!” – Aaron Aziz Bidas Syamsul Yusof

Pelakon, Datuk Aaron Aziz tampil membalas kenyataan sidang media yang dilakukan oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof, semalam.

Menerusi hantaran video di Instagram, Aaron berkata pada mulanya Syamsul memaklumkan dia tidak akan terlibat dengan banyak ‘fighting scene‘ tetapi lebih banyak menggunakan pistol.

Advertisement

Bagaimanapun, pelakon berusia 47 tahun itu memaklumkan ketika sesi latihan, dia menjadi pelakon yang paling banyak  babak pertarungan berbanding pelakon lain.

Jangan nak tipu, kau dah tahu dah aku ada problem neck (slip disc).

Bukan itu sahaja, Aaron juga memaklumkan dia sudah berusaha menurunkan berat badannya dari 98 kg kepada 90kg seperti diminta oleh Syamsul.

Kau cakap pergi cucuk, berapa banyak kau nak aku cucuk. Aku cucuk hari-hari, aku sakit.

Malah, pelakon berasal dari Singapura itu turut berkata Syamsul hanya beri tempoh lagi sebulan untuknya menurunkan berat badan sebelum penggambaran dimulakan.

Aku sanggup nak tunjuk dekat kau badan aku dah kurus, tapi kau tak nak jumpa aku.

Namun, sehingga kini, Aaron mendakwa pengarah berusia 38 tahun itu masih enggan berjumpa dengannya untuk membincangkan mengenai masalah tersebut.

Bila nak, kau datang rumah aku cara baik, bila tak nak, kau buang aku macam sampah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Ramai Tak Yakin Dia Boleh Berlakon Dengan Kondisi Dia.." - Syamsul Yusof Dedah Punca Gugurkan Nama Aaron Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...