Written by Bella | July 31st, 2019

Baru-baru ini, timbul spekulasi kononnya rumah tangga pelakon Datin Diana Danielle dan Datuk Farid Kamil sedang berantakan, mendakwa pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung.

Bagaimanapun, Diana menafikan khabar angin tersebut. Tidak dinafikan pelbagai dugaan dan ujian melanda, tetapi cinta dan kasih sayang mereka berdua tetap ututh dan cukup bahagia bersama.

Saya tidak berani untuk berjanji atau sumpah atas nama Allah, tetapi lihat ke dalam mata saya. Saya bahagia dengan Farid.

Ironinya, selepas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan, kami semakin bahagia. Memikirkan setiap kesusahan yang ditempuh bersama menyedarkan bahawa saya sentiasa ada untuk Farid begitu juga sebaliknya. Setiap kepahitan dan cabaran yang ditempuhi telah mematangkan kami.

Berbicara mengenai kehidupannya sepanjang ketiadaan Farid selama 35 hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 15 Mei lalu, Diana berkata dia percaya dengan ketentuan Allah SWT buatnya.

Saya tidak murung. Ada ketika saya berdebar dan berasa takut. Namun, selepas saya reda dan yakin setiap dugaan yang datang merupakan aturan daripada Allah, saya menjadi tenang. Setelah apa yang berlaku saya mempelajari mengenai konsep kehidupan adalah sementara. Setiap perkara yang baik juga sementara, begitu juga sebaliknya. Saya tidak mahu buruk sangka dengan ketentuan Allah.

Jika ada satu dugaan besar mendatang, saya yakin wujud juga perkara baik yang akan hadir kelak. Sebagai manusia, kita jangan terlalu makan hati sehingga murung. Percaya dengan Allah.

Terdahulu, pada 15 Mei lalu, Farid dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada Januari tahun lalu.

Namun, pada 19 Jun lalu, Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan yang dikenakan terhadapnya dengan syarat dia harus menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | July 19th, 2019

Kontroversi pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil yang dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan terlibat dengan penyalahgunaan dadah tidak dinafikan mengejutkan ramai.

Meskipun dihimpit dengan dugaan dan detik-detik hitam, apa yang berlaku bagaimanapun mematangkan lagi hubungan rumah tangga Farid dan isterinya, Datin Diana Danielle. Menurut Diana, cinta mereka semakin kuat dan lebih menghargai antara satu sama lain.

Sebagai seorang isteri saya kenal suami saya. Dia suami dan ayah yang terbaik untuk kami dan saya gembira kami masih dapat menikmati saat-saat gembira bersama. Perhubungan kami semakin matang, kami lebih menghargai satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya.

Saya terima apa sahaja yang kehidupan lemparkan pada kami sebab kehidupan akan terus berjalan tanpa henti dan akan memberikan pelbagai perkara mendatang untuk kita hadapi. Kalau kita tenang dan percaya Allah, Dia akan bantu kita balik.

Meskipun menerima kecaman daripada pelbagai pihak, Diana bersyukur dikelilingi individu yang sentiasa menyokongnya terutama keluarga dan peminat, membuatnya lebih tabah untuk mengharungi segala dugaan.

Terdahulu, pada 15 Mei lalu, Farid dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada Januari tahun lalu.

Namun, pada 19 Jun lalu, Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan yang dikenakan terhadapnya dengan syarat dia harus menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | May 16th, 2019

Semalam, kita dikejutkan dengan berita dimana pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol pada Januari tahun lepas.

Berita itu menerima reaksi pelbagai pihak dan rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen Datin Diana Danielle.

Ramai yang simpati dengan nasib Diana dan anak-anak yang terpaksa beraya tanpa kehadiran Farid di sisi. Mereka harap aktres itu tabah menghadapi segala ujian.

Terdahulu, pada hari Rabu , Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor memerintahkan Farid dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun. Mahkamah juga tidak membenarkan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman. Farid menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bermula semalam.

Written by Bella | October 15th, 2018

Bermula daripada kes Datuk Farid Kamil didakwa atas kes dadah sehinggalah hari ini, masih ramai yang terus menjaja cerita negatif dan mencetuskan spekulasi mengenai rumah tangganya bersama Datin Diana Danielle.

Masih bahagia bersama Farid dan dua orang cahaya mata mereka, Diana menasihati masyarakat untuk tidak terlalu jaga tepi kain orang.

Sebagai artis, lumrah lah akan jadi perhatian sekeliling yang nak tahu tentang apa saja. Apatah lagi tentang perkahwinan. Sayangnya, ada yang sibuk bercerita hal tidak benar. Nasihat saya, lebih baik menjaga rumah tangga sendiri berbanding sibuk nak mencari masalah orang.

Dan kalau mereka lebih bercakap tentang suami saya kerana tindakan (kerana isu dikhianati sebelum ini) mencari keadilan bagi dirinya, janganlah sampai ada yang bercerita hal tidak benar. Saya lebih kenal suami saya. Yang tak duduk di tempatnya tidak berhak membicarakan masalahnya.

Macam yang saya katakan awal tadi, apa yang telah dilalui kami, kian membahagiakan walaupun ada yang berburuk sangka.

Kalau kita lihat pasangan suami isteri sedang bahagia, apa salahnya untuk mendoakan yang terbaik buat mereka dan semoga masjid yang dibina berkekalan sehingga ke syurga. Memanglah ada kalanya perkahwinan itu ada pasang surutnya tetapi janganlah buruk sangka.

Sumber Berita : Utusan Online