“Comelnya, Saya Terharu!”- Minat Punya Pasal, Peminat Namakan Cucu Perempuan Dengan Nama Diana Danielle

Hiburan

“Comelnya, Saya Terharu!”- Minat Punya Pasal, Peminat Namakan Cucu Perempuan Dengan Nama Diana Danielle

Pelakon jelita Diana Danielle telah berkongsi kepada pengikut media sosialnya mengenai seorang individu yang telah menamakan anak buahnya dengan nama dirinya, baru-baru ini.

Diana DanielleSumber : Instagram Diana Danielle  

Dia yang menerima satu kiriman mesej menerusi akaun Instagram daripada seorang peminat yang memberitahu bahawa ahli keluarganya telah selamat melahirkan bayi perempuan.

Advertisement

Namun yang menarik perhatian adalah apabila individu tersebut menjelaskan bahawa ayah mereka telah menamakan cucunya dengan nama Nur Diana Danielle sempena nama pelakon itu.

Insta Story Diana DanielleSumber : Instagram Diana Danielle  

Menurut individu dengan nama Instagram @irahhhh_, ayahnya terlalu meminati Diana lalu mereka memutuskan untuk menamakan bayi itu dengan nama pelakon wanita itu.

Diana Danielle dilihat telah memberi respon positif dan turut meluahkan rasa terharu dan mendoakan agar bayi tersebut menjadi anak yang solesah dan berjasa pada kedua ibu-bapanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Diana Danielle