Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bakal Perlahankan Kegiatan Dunia Seni, Diana Danielle Nak Luang Lebih Masa Dengan Anak

Pelakon cantik, Diana Danielle baru-baru ini telah meluahkan hasrat apabila dia ingin memperlahankan karier seninya kerana ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak dan keluarga.

Dia dilihat menulis tentang perkara itu menerusi akaun Instagramnnya dan menjelaskan bahawa niat tersebut muncul kerana dia tidak sanggup lagi berjauhan dengan dua orang anaknya itu.

Advertisement

Diana Danielle atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson,29, berkata apabila dia berada di set, hatinya berasa berat dan rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak di rumah.

Tambah pelakon drama Raisha itu lagi, setiap kali selesai satu projek penggambaran, dia akan berehat paling kurang pun selama sebulan untuk kembali memberi tumpuan kepada ahli keluarga.

“Setiap kali mana-mana projek berakhir, saya akan berehat sekurang-kurangnya selama sebulan, kemudian baru boleh pujuk hati untuk bekerja semula. Saya perlukan masa itu sebab akan rasa sangat stress (tertekan) apabila rindu anak-anak, ketika itu emosi akan sangat terganggu dan tak ada hati nak bekerja.”

Tambah isteri kepada pelakon Farid Kamil itu lagi, dia bercadang ingin memperlahankan kerjaya seninya pada tahun 2021 nanti.

Sekadar info, Diana dan Farid telah mendirikan rumah tangga pada November 2012 yang lalu dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad,7, dan Nur Aurora yang kini berusia 5 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. tecit

    December 14, 2020 at 10:44 am

    tulatu. mslhnye ramai btoi actor & actresses yg rase boleh nyanyi. ramai boleh nyanyi tap sedap dgn xsedap tula ye. sile sedarkan diri. huhuhu

  2. Elliza Razak

    December 11, 2020 at 7:01 pm

    HARAP JANGAN MASUK DUNIA NYANYIAN LAGI.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama