April 14th, 2012

Setelah mendapat info daripada seorang pembaca di Twitter, Abang Nara dengan sepantas kilat telah membeli majalah URTV. Dan di dalamnya ada berita yang mengesahkan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek telah putus dengan Dahlia Teck. Dalam erti kata lain, Apek kini sudah single mingle.

apek putus dahlia teck

Kata Apek kepada wartawan URTV:-

Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan.

Apabila ditanya adakah punca perpisahannya dengan Dahlia Teck kerana kewujudan orang ketiga, Apek berkata:-

Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soal cinta.

Dan ada berita baik untuk peminat bola sepak Malaysia, dengan tamatnya kisah cinta Apek dan Dahlia Teck, kini Apek berkata yang dia akan memfokuskan 100% kepada kerjanya sebagai penjaga gol. Semoga prestasi Apek selepas ini akan lebih meningkat sekaligus menaikkan ranking pasukan bola sepak Malaysia yang merudum jatuh baru-baru ini.

February 3rd, 2012

Sebetulnya kami juga masih kabur dengan perkara ini. Seorang yang tidak dikenali telah mencipta satu akaun Twitter dan menghebahkan pada umum yang penjaga gol kebangsaan yang juga berada pada tahap selebriti, Khairul Fahmi Che Mat telah putus perhubungan dengan Dahlia Teck dan menjalin hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey.

Anda mungkin menganggap ini sebagai satu perkara biasa, cuma yang luar biasa di sini mungkin, ialah gadis bernama Leuniey ini merupakan tunangan orang yang baru bertunang hujung bulan Disember 2011. Leuniey dikatakan telah memutuskan pertunangan pada 14 Januari lepas untuk bersama dengan Khairul Fahmi Che Mat. Perkara ini juga katanya telah heboh di bandar Kota Bharu, Kelantan.

Untuk membaca sendiri tweets dari pereka akaun Twitter, anda boleh klik di sini. Menurut MahsiH2, dia hanya ingin menunjukkan siapa sebenarnya Khairul Fahmi yang dakwanya, seorang ‘player’. Kami telah mendapat info tidak sahih yang pertunangan Leuniey berlangsung 29 Disember 2011 dan sumber info telah memberikan gambar ini:

Kalau betul, cantik juga orangnya. Seperti biasa, ini hanya gosip. Anda tidak perlu percaya 100%. Mungkin juga Leuniey ini sekadar…ahem…adik angkat Khairul Fahmi sahaja.

January 12th, 2012

So sweet Dalia Teck membuat kejutan untuk kekasih hatinya, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek. Kedua-dua pasangan kekasih ini nampak sangat bahagia. Abang Nara doakan mereka berdua3cepat-cepat mendirikan rumah tangga.

Romantik kan? Kepada anda yang menyimpan hati kepada Apek, buanglah perasaan itu jauh-jauh. Hati Apek hanya milik Dalia Teck seorang.

November 29th, 2011

Dalam pada hangat gambar-gambar Khairul Fahmi Che Mat beraksi mesra dengan seorang gadis yang bernama Shida Harmi berlegar di ruang Internet, Shida Harmi sendiri berdiam diri walaupun Shida menjadi sasaran kritikan orang ramai. Walau bagaimanapun, melalui sumber yang boleh dipercayai, Shida Harmi menafikan dia menyebarkan gambar-gambar itu dan mendakwa dia difitnah. Bukan itu saja, sumbar yang rapat dengan Shida Harmi mendakwa Shida tahu siapa yang menyebarkan gambar tersebut dan memohon agar mereka bertaubat. Gambar-gambar tersebut dikatakan oleh Khairul Fahmi diambil sebelum dia bertunang pada Mei lepas sewaktu berkaraoke.

Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru ialah pihak Shida akan menyaman pihak yang menyebarkan gambar dan fitnah tersebut, seperti yang dinyatakan oleh individu yang rapat dengan Shida melalui Twitternya. Kami terpaksa merahsiakan Twitter itu buat masa ini kerana berita ini buat masa ini masih gosip. BeautifulNara sedang cuba mendapatkan kenyataan Shida Harmi berkenaan perkara ini. Jadi, nantikan saja.

***

Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Irama Malaysia Antarabangsa 2011 bakal diadakan pada 4 Disember 2011 bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Anda semua dijemput hadir bagi menyaksikan peserta-peserta dari Zimbabwe, Indonesia, Yemen, Bangladesh dan Kazakhstan yang bakal mendendangkan lagu-lagu Irama Malaysia seperti Nasib Bunga, Kias Fansuri, Apa Dah Jadi, Cinta Nusantara, Joget Pahang, Balqis Cindai, Seri Dewi Malam, Mengapa Dirindu dan Dikir Puteri. Untuk maklumat lanjut, 03-2052 3600.