July 13th, 2018

Khabar tentang perkahwinan Nelydia Senrose bersama cinta hatinya, Hafiz sudah mula diperkatakan. Sebelum ini, Nelydia agak malu-malu untuk mengakui tentang perkara itu dan memberitahu beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk berkahwin.

Tapi lain pula kali ini apabila Nelydia mengakui sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan meskipun sedang sibuk menjalani penggambaran.

Setakat ini persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar. Bila atau tarikh nikah tu, biarlah saya umumkan kemudian. Bukan apa, buat masa ini ada beberapa perkara yang belum selesai. Sampai waktunya nanti saya akan beritahu semua secara rasmi. Saya pun tak mahu sorokkan perkara yang baik. Doakanlah yang terbaik buat saya ya!

Nelydia sedang sangat bahagia dengan kekasihnya itu, walaupun baru sahaja beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing, pelakon jelita ini terpikat dengan sikap Hafiz yang matang dan memahami. Itu adala antara ciri-ciri lelaki idamannya.

Kami bercinta baru beberapa bulan. Kalau ikutkan, memang terlalu cepat kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Nak tahu, bila dah kenal, terdetik di hati dialah orangnya. Apa yang membuatkan saya yakin memilih dia sebagai pasangan hidup adalah kerana ciri-ciri lelaki yang saya mahukan ada padanya. Dia seorang yang memahami, caranya membuatkan saya selesa, mempunyai ekonomi yang stabil dan sangat matang.

Semoga perancangan perkahwinan mereka berdua ini dipermudahkan dan semoga diberkati jodoh sehingga ke akhir hayat. Tidak sabar untuk melihat Nelydia dalam busana pengantin, mesti cantik kan?

Sumber Berita : URTV

July 5th, 2018

Umum mengetahui pelakon jelita, Nelydia Senrose sedang hangat bercinta dengan jutawan muda yang dikenali sebagai Hafiz. Pernah menerima hadiah sebentuk cincin daripada kekasihnya itu, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Mengakui sudah bersedia untuk bergelar isteri, Nelydia bagaimanapun memberitahu belum membuat sebarang keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Namun, sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dibuat menerusi satu sidang media khas jika segalanya sudah pasti. Buat Nelydia, benda baik tidak perlu disorok.

Memang sudah bersedia. Cuma nanti kami rancang untuk buat sidang media untuk umumkan mengenai hal tersebut. Bukanlah di dalam tempoh terdekat memandangkan soal kahwin bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata. Saya hanya akan umum apabila semuanya sudahpun pasti.

Saya tak nak lah sorok perkara yang baik, malah sebelum ini pun saya ada berjanji kepada rakan media untuk beritahu hari bersejarah itu apabila tiba masanya. Cuma itulah, bukanlah dalam masa terdekat. Tapi betul, perjalanan untuk ke arah itu memanglah ada.

Kami harap kali ini Nelydia benar-benar ada jodoh dengan cinta hatinya sehingga ke jenjang pelamin. Semoga segala perancangan mereka dipermudahkan.

Sumber Berita : Media Hiburan

April 20th, 2018

Memuat naik foto sebentuk cincin berlian yang cantik di jari manisnya baru-baru ini dengan kapsyen menggambarkan betapa beliau sedang bahagia, ramai yang tertanya status terkini pelakon jelita Nelydia Senrose. Adakah benar beliau sudah dirisik?

Mengakui cincin tersebut adalah hadiah daripada kekasihnya yang dikenali sebagai Hafiz, Nelydia bagaimanapun menafikan mereka sudah mengikat tali pertunangan.

Cincin itu pemberian seseorang tapi saya belum dirisik atau bertunang lagi. Saya dan dia masih dalam fasa berkenalan, hubungan kami masih baru tapi sudah tentu saya mengharapkan pengakhiran yang baik.

Kami berkenalan baru beberapa bulan daripada rakan-rakan tapi bukan Jejai (bekas suami Fasha Sandha) yang kenalkan. Sebagai wanita saya sudah bersedia untuk berkahwin kerana saya bukan seorang yang main-main dalam sebuah hubungan. Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk hubungan ini.

Dalam pada itu, Nelydia memberitahu beliau tidak mengetahui jika benar Hafiz seorang jutawan muda ataupun tidak dan hanya mengenali jejaka itu sebagai seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur.

Jika sudah bahagia dan rasa diri sesuai bersama, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah jadikan hubungan percintaan yang dibina sebagai satu hubungan yang halal.  Pastinya ramai peminat Nelydia yang tidak sabar untuk melihat beliau bersanding di atas pelamin kan?

Sumber Berita : mStar Online