April 20th, 2018

Memuat naik foto sebentuk cincin berlian yang cantik di jari manisnya baru-baru ini dengan kapsyen menggambarkan betapa beliau sedang bahagia, ramai yang tertanya status terkini pelakon jelita Nelydia Senrose. Adakah benar beliau sudah dirisik?

Mengakui cincin tersebut adalah hadiah daripada kekasihnya yang dikenali sebagai Hafiz, Nelydia bagaimanapun menafikan mereka sudah mengikat tali pertunangan.

Cincin itu pemberian seseorang tapi saya belum dirisik atau bertunang lagi. Saya dan dia masih dalam fasa berkenalan, hubungan kami masih baru tapi sudah tentu saya mengharapkan pengakhiran yang baik.

Kami berkenalan baru beberapa bulan daripada rakan-rakan tapi bukan Jejai (bekas suami Fasha Sandha) yang kenalkan. Sebagai wanita saya sudah bersedia untuk berkahwin kerana saya bukan seorang yang main-main dalam sebuah hubungan. Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk hubungan ini.

Dalam pada itu, Nelydia memberitahu beliau tidak mengetahui jika benar Hafiz seorang jutawan muda ataupun tidak dan hanya mengenali jejaka itu sebagai seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur.

Jika sudah bahagia dan rasa diri sesuai bersama, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah jadikan hubungan percintaan yang dibina sebagai satu hubungan yang halal.  Pastinya ramai peminat Nelydia yang tidak sabar untuk melihat beliau bersanding di atas pelamin kan?

Sumber Berita : mStar Online


23 responses to “Nelydia Senrose Akui Kekasih Jutawan Hadiahkan Cincin, Nafi Sudah Bertunang”

  1. Anonymous says:

    kang putus takut jd mcm sorang tu terus psycho… tenung lah gmbr klcc tu…

  2. mimilofa says:

    Ai baru berkenalan dah keluar bercuti bersama ke? Murahan!

  3. Asdfghjkk says:

    Rasanya Hafez tu pernah couple dengan stewardess qatar airways, budak langkawi. Pernah follow ig budak perempuan tu dulu. Liar teroxxx

  4. El says:

    Minat nelydia sejak drama setia hujung nyawa haraf nelydia hindarkan bab bab sentuh sentuh dengan hero dalam drama drama die, tanpa sentuh sentuh pon nelydia berlakon memang meletop dan kebabom

Loading...