Written by Bella | July 5th, 2018

Umum mengetahui pelakon jelita, Nelydia Senrose sedang hangat bercinta dengan jutawan muda yang dikenali sebagai Hafiz. Pernah menerima hadiah sebentuk cincin daripada kekasihnya itu, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Mengakui sudah bersedia untuk bergelar isteri, Nelydia bagaimanapun memberitahu belum membuat sebarang keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Namun, sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dibuat menerusi satu sidang media khas jika segalanya sudah pasti. Buat Nelydia, benda baik tidak perlu disorok.

Memang sudah bersedia. Cuma nanti kami rancang untuk buat sidang media untuk umumkan mengenai hal tersebut. Bukanlah di dalam tempoh terdekat memandangkan soal kahwin bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata. Saya hanya akan umum apabila semuanya sudahpun pasti.

Saya tak nak lah sorok perkara yang baik, malah sebelum ini pun saya ada berjanji kepada rakan media untuk beritahu hari bersejarah itu apabila tiba masanya. Cuma itulah, bukanlah dalam masa terdekat. Tapi betul, perjalanan untuk ke arah itu memanglah ada.

Kami harap kali ini Nelydia benar-benar ada jodoh dengan cinta hatinya sehingga ke jenjang pelamin. Semoga segala perancangan mereka dipermudahkan.

Sumber Berita : Media Hiburan

24 responses to Nelydia Senrose Bakal Adakan Sidang Media Khas Umum Tarikh Perkahwinan?

  1. nok gebuzzz says:

    kalau btol bagus la…tahniah dpt jerung besar,rezeki masing2…pas ni tak yah ssh2 nak belakon mcm eina azman…erin malik…dan yg lain2…belakon buat geli2 jer pas ni..

    23

    0
  2. rosmah says:

    muka cantik kahwin jutawan. muka hodoh nak kahwin bangsawan kena injek dulu k…..

    6

    0
  3. melati says:

    Mintak2 kali ni tak Hilang bakal Suami tu mcm kakak hang…dh 48 purnama tak kunjung2..wakakakakakaa

    8

    0
  4. Anonymous says:

    sidang media???? hello! apa level artis2 kahwin tunang pon nak buat sidang media. sidang media ni utk benda2 penting negara jer la. ko kawen ada efek ekonomi negara ke/?? bangang la artis2 ni semua.belakon drama je kot!

    32

    0
    • miss diva says:

      ntah, kata artis. takde PA / management ke yg blh buat kenyataan rasmi send to reporters guna insta..tweet..telegram etc ke? tolong lah! (sebut mcm jaafar onn)

      7

      0
  5. peratijangantakperati says:

    skg mmg trend ke nk nikah je umumkan pada semua?siap buat sidang akhbar?
    dia ni setaraf sultan ker?raja?tak pun dato siti?

    hekelehhh..

    12

    0
  6. Anonymous says:

    alhamdulillah… jumpa jodoh sudah… semoga semua nyer berjalan lancar
    yg kutuk2 ni sukahati dia lah nk buat sidang ke tidak… yg dtg bukan korang..

    1

    4
  7. Anonymous says:

    kawin je la oiiiii

    4

    0
  8. TABUAN says:

    NI TANYA AJE YA….
    KALO MAMAT NI DREBAR GRAB…
    AGAK2 KO NAK JADIKAN MATAIR TAK?

    6

    1
  9. Anonymous says:

    Mesti buat sidang akhbar nanti lari ini lelaki blm.sempat kumpul harta rugi… mcm hanez buat sidang media biar pun lelaki tu suami org

    3

    0
  10. anonymous says:

    bini bini penjilat umngok tak dak dedak lah paih ni

    3

    0
  11. Anonymous says:

    dasar lelaki….pantang jumpa dahi licin..kena ukur pon sanggup. kalau setakat main bf tu aku paham. lelaki kan. tpp lelaki dulu2 nak buat bini mesti la yg terbaik. perempuan yang pandai jag amaruah..dan boleh jd ibu pd anak2 dia.tp lelaki skrg ni aku ni kadang2 pelik, lelaki sekarang ni mcm tak kesah kan sape jd bini..sape bakal jd ibu pd anak2 dia. tak pernah ke nak buat homework siapa bakal bini yg sebenar. makin manusia claim makin maju..semua info di hujung jari..makin ‘buta’ gamaknya. ni la punca generasi yg bakal lahir nanti jadi spesis ‘dungu’. kecerdikan ke mana…adab pon hancur. lama2 jd mcm korea, kawin sbb pompuan/ laki tu cantik/hensem. last2 bila beranak muka anak mcm hapa…sbb apa? sbb mak paknya dr awal hodoh. tp dek kerana proses whitenining/bleeching (ni mmg ramai artis malaysia dah buat), plastic surgery (ni artis ramai artis msia berusaha buat)..tetiba jer cantik. tapi genetik ttp genetik. bila lahir anak…silap mcm kat korea buadak tu pon diibagi makan produk putih & lama2 buat plastic surgery. ye lah, dah maknya buat…anak pon lubok duit..nak soh jd duta sana sini kan. skrg beranak2 masuk astro pon dah blh buat duit dgn bb tu. hai a manusia. rata 2 artis ni ramai yg jerat org kaya…tp duit bukan nyata bukan segalanya..being popular is everything!

    0

    0
  12. anak nogori says:

    tak yah seidang edia sangat lah nelydia, bkn artis hot pun. btw aku lg suka dia ni dari kakak ke adik dia si uqasha tu..

    5

    0
  13. peratijangantakperati says:

    aku tunggu raja bomoh dgn raja dadah buat sidang akhbar..

    hahahahah!!!!!

    pondan lawan pondan…..

    4

    0
  14. Syarafina Musa says:

    Yang penting tak menggatal dgn laki orang ye tak

    0

    0

Leave a Comment

Optional