March 16th, 2020

Meskipun berkahwin dengan seorang ahli politik terkenal dan sentiasa menyokong kerjaya suami tercinta, pelakon Datin Seri Zizie Ezette berkata dia tidak pernah berhasrat untuk menceburi bidang tersebut.

zizie ezette ahli politik

Zizie akui dia tidak mempunyai bakat untuk berucap di khalayak ramai seperti suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Saya tak pandai berucap dan seorang yang gugup. Terus-terang, saya takut bercakap atau berucap depan orang ramai. Kalau saya beri ucapan ringkas dalam majlis yang dihadiri pun, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu.

zizie ezette ahli politik

Saya sedar kebolehan diri. Malah, saya akur tidak memiliki bakat boleh berucap macam suami.

Menurut Zizie, dia kagum dengan kebolehan suaminya yang masih boleh berehat dalam kereta sebelum berucap tetapi kemudiannya tetap bersemangat memberikan ucapan.

Zizie Ezette

Suami saya kalau sebelum nak berucap pun, beliau masih boleh berehat dahulu dalam kereta.

Apabila sampai di majlis yang dihadiri, beliau tetap boleh berucap dengan penuh semangat. Saya tak ada kebolehan dan bakat itu.

zizie ezette ahli politik

Bagaimanapun, Zizie berkata dia tiada masalah untuk melakonkan watak sebagai ahli politik kerana skrip sudah disediakan dan ia hanya tuntutan kerja semata-mata.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Bung Moktar pada 2009. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu kembar Aadam Zac Izette, 3 dan Aaleph Zeke Izette, 3, serta Aalisa Belle Izete, berusia setahun.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
November 15th, 2019

Bagi segelintir individu yang bergelar ‘Datin’, tidak dinafikan mereka ingin bergaya dengan jenama mewah terutama sekali bab pakaian, tetapi berbeza pula dengan pelakon Datin Zizie Izette yang memberitahu dia langsung tidak kisah membeli baju RM10 untuk anak-anaknya asalkan nampak cantik dan kemas.

Zizie Izette baju anak rm 10

Namun, ada pihak yang mempertikaikannya. Bagaimanapun, menerusi muat naik terbarunya di Instagram, Zizie membuktikan dia membelikan baju anak-anaknya yang hanya berharga RM10 di pasaraya.

Sebelum ini, Zizie berkata dia ebih mementingkan kesederhanaan dan tidak cerewet dalam pemilihan baju untuk dirinya dan anak-anak apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang kurang baik.

Zizie IzetteMereka sekeluarga perlu berjimat cermat untuk perkara yang lebih penting terutama  sekali hal persekolahan anak-anak. Rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Zizie.

Benar kata Zizie, zaman sekarang ini tidak boleh membazir. Barang murah tidak semestinya kualitinya tidak cantik kan? Ada kalanya boleh juga nampak menawan dan mewah.

Advertisement
November 14th, 2019

Memiliki anak ramai memang seronok dan meriah seperti Datin Zizie Izette yang sering berkongsi foto momen bersama anak-anaknya yang comel-comel belaka. Keluarga ini sering menjadi perhatian peminat kerana Zizie dan anak-anak sering mengenakan pakaian sedondon.

Zizie Izette

Ramai yang menyangka , kalau dah namanya artis dan mempunyai kehidupan agak mewah, pasti pakaian yang dipakai juga berjenama. Namun, bagi Zizie dia lebih mementingkan kesederhanaan dari segi pemakaian. Tidak kisah jika baju itu murah asalkan nampak cantik dan kemas.

Gambar kelmarin. Seperti yang kelihatan, saya suka tampil berpadanan dengan anak-anak saya. Saya ambil tanggungjawab untuk siapkan mereka dan menjadikan mereka kelihatan elok.

Zizie Izette anak pakai baju rm 10

Biarpun baju tak mahal, tak ada jenama sekalipun. Janji nampak rapi dan kemas. Sejujurnya, kalau saya nampak baju harga RM10 pun saya akan beli kalau baju tu cantik.

Kata Zizie lagi, dengan keadaan ekonomi yang kurang baik mereka sekeluarga perlu berjimat cermat untuk perkara yang lebih penting terutama  sekali hal persekolahan anak-anak.

Zizie IzetteZizie IzetteRata-rata netizen setuju dengan kenyataan Zizie dimana anak-anak cepat membesar dan agak membazir jika beli pakaian terlalu mahal. Pada masa yang sama, mereka memuji sikap rendah diri pelakon wanita itu.

Sebenarnya kalau hendak nampak cantik tidak perlukan barangan yang mahal, kenalah pandai cari yang murah dan  kena kreatif sikit untuk tampil lebih bergaya dan elegan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement
July 30th, 2019

Walaupun mempunyai lima orang pengasuh, pelakon Zizie Ezette masih lagi menjalankan kewajipannya sebagai seorang ibu dan menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dia tidak rapat dengan anak-anaknya.

Zizie tetap meluangkan masa bersama anak-anaknya dan memberikan sepenuh perhatian serta kasih sayang kepada mereka.

Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dengan saya walaupun ada yang berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dengan pengasuh dan ada juga yang berpendapat, mereka akan ingat pengasuh ibu mereka. Silap sama sekali andaian mereka itu pada saya.

Mungkin bukan kerja saya yang mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya.

Sebagai ibu saya mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam mendidik dan melihat perkembangan anak-anak di depan mata saya. Bukan seperti ada yang fikir, hanya beranak tapi lain-lain maid yang buat, jauh sama sekali.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada tahun 2009. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aadam Zac Izette,Aaleph Zake Izzate dan Aalisa Belle Izzete . Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, dan Aaric Zayn Izette.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement