TERKINI: Bung Mokhtar & Zizie Izette Dilepas & Dibebaskan Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Hiburan

TERKINI: Bung Mokhtar & Zizie Izette Dilepas & Dibebaskan Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Menurut laporan, pasangan itu dituduh atas tiga pertuduhan yang membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Advertisement

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri pada 2 September tahun lalu.

Disember tahun lalu, Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 45, telah membuat rayuan terhadap Azhar yang menolak permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

bung

Sebelum itu, pada 2 September 2022 pula mereka diperintahkan untuk membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung dan Zizie.

Mengikut pertuduhan, Bung dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie di Public Bank Taman Melawati pada 12 Jun 2015 antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang.

Beliau turut didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie atas sebab yang sama dan di tempat yang sama pada 19 Jun 2015.

Aktres berusia 45 tahun itu pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

2 years ago

"Anak Kau Nangis Sambil Pakai Rantai Emas Nok" - Netizen Bezakan Kes Rasuah Zizie Izette Dengan Akak Curi Milo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...