Terpalit Kes Rasuah, Zizie Izette Didakwa Terima RM2.2 Juta Perkenal Ejen Pelaburan Kepada Suami, Bung Mokhtar

Hiburan

Terpalit Kes Rasuah, Zizie Izette Didakwa Terima RM2.2 Juta Perkenal Ejen Pelaburan Kepada Suami, Bung Mokhtar

Pelakon Datin Seri Zizie Izette yang sebelum ini terpalit dengan sebuah kes rasuah telah didakwa menerima wang tunai RM2.2 juta sebagai habuan memperkenalkan ejen pelaburan Public Mutual Berhad kepada suaminya, Datuk Bung Mohktar Radin selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra.

Pengenalan itu dilaporkan bertujuan untuk Felcra membuat pelaburan berjumlah RM150 juta dalam unit saham bank berkenaan.

Advertisement

Seperti dilaporkan The Star, ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid,43, memaklumkan mengenai perkara itu di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, Jumaat lalu.

Madhi berkata wang pengenalan akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan ejen kepada pelanggan.

Kami tidak menetapkan sebarang kadar bayaran, namun ia mengikut kepada budi bicara. Kami putuskan untuk beri kepada Datin Seri Zizie kerana memperkenalkan kami kepada Datuk Seri Bung.

Saksi pendakwaan ke-24 itu berkata, beliau dan seorang lagi ejen pelaburan, Norhaili Ahmad Mokhtar telah menyerahkan wang berkenaan kepada pelakon itu berlokasi di Public Bank cawangan Taman Melawati pada Jun 2015.

Terdahulu, Bung Mokhtar dilaporkan mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendaparkan kelulusan Felcra untuk pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Isteri Bung, Zizie juga diambil pengakuan tidak bersalah di atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Zizie Izette
2 years ago

"Meriah Betul!" - Zizie Izette Tampil Sedondon Bercuti Bersama Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...