Pelakon Datin Zizie Izette menerusi laman Instagram nampaknya telah mencuri perhatian peminat apabila tampil sedondon anak beranak ketika bercuti di pusat percutian di Melaka dan Genting Highland, Pahang.
Tampil bergaya bersama busana sama corak dan warna, hantaran gambar yang dimuat naik Zizie meraih pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya suka melihat gelagat keluarga besar itu.
Perkongsian yang dibuat Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokthar Radin itu mendapat pujian kerana dia dilihat melayan anak-anak dengan baik dan ceria sekali.
Menjengah ke foto-foto yang pernah dimuat naik Zizie sebelum ini, memang sudah menjadi ‘trade mark’ buat pelakon itu untuk tampil sedondon dan sama dengan anak-anak ketika bercuti.
Sekadar info, Zizie dan suami, Datuk Bung Mokhtar Radin telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2009.
Zizie yang bergelar isteri kedua mempunyai sepasang anak kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete, anak perempuan Aalisa Belle Izzete serta dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Anonymous
November 19, 2021 at 7:18 pm
bini yb.. mesti lah mewah kan..
Anonymous
November 19, 2021 at 4:33 pm
jalan2 bini YB ye. jalan di Sabah paling buruk sekali anak2 YB tidak pernsh merada. sebab banyak duit sabah diambil untuk hidup bermewah2
rakyat miskin
November 19, 2021 at 10:19 pm
horrayyy yak yak yea best nyee duit ‘tabung’ korek macamana pon tak habis kann selagi boleh korek…korekk jgn risau takkan kering ye ‘tabung’ itew siap kluarga sepupu sepapat semua lah boleh joint venture melahap horrayyy yabeda beduuu