“Nak Raih Simpati Tu” – ‘Post’ Video Anak Nangis Tanya Menang Kes Rasuah Ke Tak, Netizen Perli Zizie Izette

Hiburan

“Nak Raih Simpati Tu” – ‘Post’ Video Anak Nangis Tanya Menang Kes Rasuah Ke Tak, Netizen Perli Zizie Izette

Minggu lalu pada hari Jumaat, ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta isterinya iaitu pelakon, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad telah diperintah untuk membela diri di Mahkmah Sesyen atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Berhubung dengan isu yang terjadi, Zizie telah berkongsikan momen-momen menyentuh hati di Instagram Story yang memaparkan anak-anaknya bertanya sama ada dia menang ataupun tidak dalam kes terbabit.

Advertisement

Mommy did you win? Bila nak balik rumah.

Menjawab dengan nada yang tenang, pelakon itu memberitahu anaknya bahawa mereka tidak menang dan beranggapan anak-anak masih kecil untuk memahami prosedur yang dilalui dalam mahkamah.

anak zizie ezzete nangis

Momen yang lagi menyedihkan apabila anak lelakinya bertanya sama ada Zizie dan suami akan kembali pulang ke rumah ataupun tidak dan ketika itu, suara pelakon terbabit juga bertukar sebak, tapi tetap usaha menunjukkan dirinya kuat.

Dalam pada masa yang sama, Zizie juga sempat memaklumkan anak-anaknya adalah kekuatan buat dia dan bersyukur dikurniakan mereka dalam dunia ini.

Bagaimanapun, Zizie turut sempat berkata bahawa dia dan suami akan kekal berjuang kerana segala yang berlaku belum sampai ke penghujungnya lagi.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen mStar yang memuat naik artikel ini di laman Instagramnya, rata-rata netizen menganggap itu semua untuk meraih simpati ramai dan langsung tidak berasa simpati melihat video anaknya menangis.

Sekadar info, kakak kepada pelakon popular, Shaheizy Sam ini telah mendirikan rumah tangga bersama Bung Mokhtar pada Disember 2009.

Zizie Izetter
2 years ago

Terpalit Kes Rasuah, Zizie Izette Didakwa Terima RM2.2 Juta Perkenal Ejen Pelaburan Kepada Suami, Bung Mokhtar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...