February 9th, 2018

Perkahwinan penyanyi Yuna dan cinta hatinya, Adam Sinclair pada 26 Januari lalu menjadi bualan ramai yang terpukau melihat tema perkahwinan mereka yang sangat cantik dan unik berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi di sebuah resort mewah di Bentong, Pahang.

Semalam, Yuna telah berkongsi video rasmi sekitar majlis pernikahan beliau berlangsung. Video tersebut memang cukup indah sekali dan mendapat pujian daripada netizen.

Mereka  bukan sahaja terharu tetapi pada masa yang sama memuji pasangan ini sepadan bersama dan turut mendoakan kebahagiaan Yuna dan Adam.

Kami di BeautifulNara juga mendoakan agar Yuna dan Adam kekal bahagia sehingga ke jannah dan dikurniakan rezeki untuk bergelar ibu dan bapa satu hari nanti. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga.

Kredit Video : YouTube Yours Truly

January 29th, 2018

Bagaikan puteri dan putera bersanding di kayangan, itulah gambaran tepat buat majlis resepsi pasangan Yuna dan Adam Sinclair yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya semalam.

Yuna begitu anggun dengan gaun putih manakala putera hatinya Adam tampak sangat segak berbaju Melayu lengkap dengan tanjak yang direka khas oleh Hatta Dolmat . Dengan tema “garden wedding” sebanyak 1,500 tetamu yang hadir termasuk rakan artis dan VIP pada majlis tersebut terpukau dengan hiasan pelamin yang cukup eksklusif dan indah.

Antara rakan selebriti yang membuat persembahan adalah Aizat Amdan, Noh Hujan dan Bunga Citra Lestari.  Bapa Yuna, Datuk Mat Zarai’ai turut menghiburkan pasangan mempelai dengan lagu Perfect yang dipopularkan oleh Ed Sheeran.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Yuna dan Adam dengan membaca entri ini sepenuhnya.

January 28th, 2018

Mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang istimewa dan lebih privasi buat dirinya dan keluarga, penyanyi Yuna tidak pernah berniat untuk merahsiakan majlis raja seharinya itu daripada orang ramai.

Rasanya ramai mengetahui yang saya seorang yang sangat privasi apabila ia berkaitan dengan hal peribadi. Majlis pernikahan itu bukan diadakan secara rahsia cuma secara privasi di mana saya dapat meraikan hari istimewa itu bersama keluarga dan rakan terdekat. Majlis itu sesuatu yang sangat peribadi buat saya dan biarlah saya simpan sedikit untuk diri sendiri.

Yuna sah menjadi isteri kepada Adam Sinclair hanya dengan sekali lafaz pada hari Jumaat lalu dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat rapat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini. Tahniah kami ucapkan sekali lagi kepada pasangan ini, semoga kekal sehingga ke syurga.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto: Weddings By Qay

January 26th, 2018

Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Yunalis Zarai, 31, kerana telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Adam Sinclair, 34, dalam majlis bertemakan perkahwinan dalam taman di sebuah resort mewah di Bentong, Pahang.

Majlis itu diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat. Yuna akan mengadakan satu sidang media esok dipercayai mengumumkan pernikahannya.

Sebelum ini kad undangan perkahwinan Yuna telah tersebar di media sosial bertarikh 28 Januari iaitu Ahad ini.

Pasangan ini telah melangsungkan pertunangan pada Julai lepas. Doakan mahligai yang dibina oleh Yuna dan Adam berkekalan sehingga ke akhir hayat. – beautifulnara.com

Kredit gambar: Stail.my