Kemalangan Ngeri Di Kampung Lebu, Empat Termasuk Tiga Kanak-Kanak Maut Dalam Nahas

Berita

Kemalangan Ngeri Di Kampung Lebu, Empat Termasuk Tiga Kanak-Kanak Maut Dalam Nahas

Sebuah kemalangan ngeri dilaporkan telah berlaku di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) melibatkan dua buah kenderaan, sebentar tadi seperti laporan Utusan Malaysia.

Difahamkan kejadian tersebut telah terjadi kira-kira jam 2.30 petang di mana mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Nissan Navara.

Advertisement

Dalam kemalangan itu, empat individu di mana tiga antaranya kanak-kanak dipercayai satu keluarga telah meninggal dunia dalam tragedi tersebut.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria yang memaklumkan bahawa pihak bomba telah bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi orang awam.

 

TwitterSumber : Twitter 

 

Empat mangsa yang maut terdiri daripada satu perempuan dewas, dua kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki manakala dua lelaki dewasa mengalami kecederaan.

Pasukan bomba juga telah memastikan tiada lagi mangsa dalam kenderaan selepas kesemua yang terlibat dalam kemalangan dikeluarkan oleh orang awam.

Maklum Zulfadli, kesemua mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Khairy Jamaluddin
2 years ago

Kerajaan Bakal Haramkan Beli Rokok Buat Rakyat Yang Lahir Selepas Tahun 2005 - KJ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...