Written by Bella | April 17th, 2019

Selepas mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Arif Izudin pada 31 Mac lalu, pelakon Bella Dally jarang memuat naik foto mesra beliau bersama suami.

Menerusi Insta Stories, Bella memberitahu beliau tidak mahu terlalu mendedahkan kehidupan peribadinya bersama suami di media sosial. Kata Bella, beliau sudah belajar dari kesilapan lalu dan kini mahu lebih privasi.

Kami setuju dengan pendirian Bella, tidak perlu terlalu menayang kebahagiaan. Cukuplah ia sekadar menjadi momen indah mereka suami isteri. Kita doakan yang baik-baik sahaja semoga kekal sehingga ke syurga.

Sumber Berita : Forum CARI

 

Written by Bella | April 2nd, 2019

Pasangan Bella Dally dan suami, Arif Izudin telah selamat diijabkabulkan pada 31 March 2019. Majlis akad nikah pasangan ini diadakan di Putrajaya dan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Pengantin baru itu telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah dan indah pada malam harinya dengan tema Inggeris di Marina Putrajaya.

Ramai rakan artis yang turut hadir menyaksikan penyatuan cinta du hati yang mula berkenalan sejak Ogos tahun lalu.

Khas buat pembaca BeautifulNara, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi Bella Dally dan Arif dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : FKZ Pictures , Project Two-Pi , Orang Putih Kita & Aqo Imran

Kredit Video : CST Production

 
Written by Bella | April 2nd, 2019

Umum mengetahui pelakon jelita, Bella Dally sudah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada Ahad lalu di Putrajaya.

Sebelum ini, Bella pernah berkahwin dengan Nazim Othman, namun selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, mereka membuat keputusan untuk bercerai pada Mei 2018.

Ketika ditanya mengenai perkahwinan Bella, Nazim mengakui terkesan dengan pernikahan bekas isterinya itu.

Ini perkara yang orang luar tidak tahu. Saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu menunjukkan perasaan sebenar.  Malah, saya tidak ‘wish’ pun di sosial media. Cukup orang tahu saya mendoakan kebahagiaan buatnya yang pernah diluahkan padanya depan-depan.

Sejujurnya, saya masih terkesan lagi. Saya akui perkara ini. Sedikit sebanyak masih ada. Terkesan sebab kenapa tidak pertahankan dan tidak kuat. Saya marah dan rasa ralat pada diri. Dalam beberapa bulan selepas bercerai, saya ‘down’. Kemudian saya kembali okey selepas maafkan diri sendiri.

Nazim turut mendedahkan bekas isterinya itu ada menjemput beliau ke majlis resepsi dalam nada bergurau. Walaubagaimanapun, kata Nazim, jika Bella betul-betul mengajaknya sekalipun beliau tidak akan hadir ke majlis tersebut demi menjaga hati dan menghormati banyak pihak.

Bella ada jemput ke majlis, tapi dalam nada bergurau. Kalau dia jemput sekali pun, saya memang takkan pergi kerana menghormati banyak pihak. Meskipun pada hakikat antara kami tidak ada sebarang masalah. Malah, hubungan saya dengan keluarga bekas mentua masih baik dan masih berhubung.

Bagaimanapun, Nazim tetap mendoakan agar perkahwinan bekas isterinya kekal sehingga ke jannah dah dilimpahi kebahagiaan.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Iskandar Zulkarnain & Project Two-Pi

Written by Bella | April 1st, 2019

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada pelakon jelita, Bella Dally yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Putrajaya, semalam.

Dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat, Arif menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada Bella dan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan.

Pasangan ini berkenalan pada Ogos tahun lalu dan membuat keputusan untuk terus mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu hanya selepas lima bulan berkenalan.  I

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Bella, sebelum ini beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Nazim Othman tetapi jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada 2 Mei 2018.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto :  Instagram Orang Putih Kita