September 28th, 2020

Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 semalam bersama suami dan keluarga tercinta, pelakon jelita Bella Dally tampil memuat naik momen istimewa itu di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Rai Birthday Ke-29, Peminat Doakan Bella Dally & Suami Bahagia Hingga Syurga

Tampil berkongsi kemeriahan sambutan ulang tahun yang diadakan semalam, Bella juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan tersebut.

“Adakan majlis sambutan ulang tahun yang meriah bersama keluarga. Terima kasih kepada semua yang menganjurkan dan menjadi sebahagian daripada sambutan ini.”

Bertemakan warna pastel dan putih, majlis tersebut tampak lebih meriah apabila Bella turut berkongsi hari istimewa tersebut bersama kakak iparnya.

Menjengah ke ruangan komen di laman tersebut, bekas isteri kepada pelakon tampan Nazim Othman ini juga turut dihujani ucapan ulang tahun daripada pengikutnya. Malah tidak ketinggalan mendoakan agar hubungannya dengan suami kini, Arif Izzudin kekal bahagia selamanya.

Rai Birthday Ke-29, Peminat Doakan Bella Dally & Suami Bahagia Hingga Syurga Rai Birthday Ke-29, Peminat Doakan Bella Dally & Suami Bahagia Hingga Syurga Rai Birthday Ke-29, Peminat Doakan Bella Dally & Suami Bahagia Hingga Syurga

Sekadar info, Bella telah sah menjadi isteri kepada Arif Izuddin yang juga seorang usahawan pada tanggal 31 Mac 2019.

Malah sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Surah Buat Maisarah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Nazim Othman pada 10 September 2016 namun kedua-dua mereka difahamkan telah memutuskan untuk bercerai pada 2 Mei 2018.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...