Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Setiap Hari Saya Bersyukur Ada Kamu!” Bella Dally Titip Ucapan Buat Suami Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2

Bella Dally dan suami

Sudah dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Bella Dally menerusi akaun Instagramnya tampil mengucapkan penghargaan buat suami tercinta, Arif Izuddin Radzali sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-2 tahun.

Bella Dally atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally,30, turut berkongsi sekeping foto bersama suami di sisi dalam hantarannya itu untuk tatapan peminat.

Menyambut ulang tahun perkahwinan mereka secara sederhana, Bella turut menulis kata-kata manis buat suami tersayang.

Selamat ulang tahun ke-2 perkahwinan sayang. Setiap hari saya bersyukur mempunyai kamu dalam hidup saya, awak adalah cahaya saya..” tulisnya dalam bahasa Inggeris di ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan selamat ulang tahun serta turut berdoa agar pasangan ini sentiasa dirahmati dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Advertisement

Terdahulu, Bella dan Ariff telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2019. Ini merupakan perkahwinan kali kedua pelakon itu yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nazim othman pada tahun 2016 sebelum bercerai pada 2 Mei 2018.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top