“Baru Berjinak Dalam Dunia Penerbitan..” – Bella Dally Dikatakan Dah Tak Berlakon, Cuba Cari Rezeki Di Belakang Tabir

Hiburan

“Baru Berjinak Dalam Dunia Penerbitan..” – Bella Dally Dikatakan Dah Tak Berlakon, Cuba Cari Rezeki Di Belakang Tabir

Seorang pelakon dan model terkenal yang mempunyai hampir 2.3 juta followers di Instagram dikatakan telah menarik diri dalam bidang lakonan dan ingin mengalihkan fokusnya kepada dunia penerbitan.

Bella Dally yang kini jarang-jarang kelihatan di mana-mana drama terkini, dikejutkan apabila telah menerbitkan satu drama bersama suaminya, Arif Izuddin di bawah rumah produksi Ariz Capital Sdn Bhd.

Advertisement

Saya baru berjinak-jinak dalam dunia penerbitan drama. Orang ingat saya dah berhenti berlakon, sebenarnya ada saja.

Kata aktres jelita ini, walaupun bidang baru yang dia ceburi ini tidaklah mendatangkan keuntungan yang terlalu besar, namun dirinya sedia untuk menghadapi risiko memandangkan itu telah menjadi minat barunya.

Bagi Bella, tujuan utama dia ingin menjadi penerbit adalah untuk menghasilkan karya yang mempunyai unsur women empowerment. Matlamat baru itu dikeranakan atres ini inginkan sesuatu yang baru dan lain.

Walaupun saya tahu ramai masih sukakan drama yang klise, tapi inilah jiwa saya.

Sebagai info, drama terbitannya yang bertajuk ‘Cik Misi 123’ telah pun ditayangkan di layar kaca televisyen rakyat Malaysia semalam.

Selain itu, kami bawakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nazim Othman
7 months ago

"Kau Ni Kaum Luth Ke?" - Nazim Othman Hairan Orang Bertanya Mengenai Seksualiti, Anggap Soalan Kolot

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...