March 22nd, 2019

Isu pelakon Rozita Che Wan bersama bekas pemandunya, Muhammad Riduan masih belum reda, gara-gara gagal membuat permohonan maaf, Che Ta nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki itu.

Peguam yang mewakili Che Ta, Wan Sarimah Wan Husain berkata, pihaknya sedang menyediakan surat cara tuntutan terhadap Riduan sebelum ia difailkan.

Berikutan keengganan dia membuat permohonan maaf seperti dituntut tempoh hari, saya bersama anak guam (Rozita) sudah pun berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya. Buat masa ini kami sedang menyediakan surat cara atau dokumen sebelum ia diteruskan.

Pada Jumaat minggu lalu, Che Ta katanya tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut dan memberi peluang untuk Riduan mebuat permohonan maaf di laman sosialnya ataupun bertemu empat mata dengan Che Ta untuk menyelesaikan masalah mereka.

Bagaimanapun, Riduan enggan memohon maaf secara terbuka kerana masalah itu bukan bermula daripada pihaknya.

Sumber Berita : mStar Online

March 8th, 2019

Difitnah tidak membayar gaji bekas pemandunya sehingga menerima pelbagai kecaman termasuk menganiaya pekerjanya, pelakon Rozita Che Wan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut yang menularkan isu itu di akaun Facebooknya.

Menurut Che Ta, tindakan Muhammad Riduan itu sudah mencalarkan imejnya  kerana menyebarkan cerita yang tidak benar.

Dengan apa yang sudah dia lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas. Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka.

Che Ta pada masa yang sama mendedahkan lelaki itu tidak serius dalam bekerja dan menunjukkan prestasi yang hambar. Malah, dakwaan bekerja lebih masa sehingga keletihan juga tidak benar sama sekali.

Tambah Che Ta, bekas pemandunya itu juga  pernah terlelap ketika memandu dan membahayakan nyawanya dan keluarga.

Terdahulu, bekas pemandu itu memuat naik luahan tidak puas hatinya terhadap Che Ta menerusi akaun Facebook dan mendakwa dirinya teraniaya apabila gajinya tidak dibayar oleh pelakon itu.

Sumber Berita : mStar Online

March 7th, 2019

Bekas pemandu Rozita Che Wan menerusi muat naik terbaru di Facebook memaklumkan kemelut mengenai isu tungakkan gaji dan saman melibatkan nombor pendaftaran kereta telah selesai.

Lelaki itu menyatakan Che Ta sudah membayar gajinya berjumlah RM2000 serta saman berjumlah RM300.

Pada masa yang sama, dia juga memohon netizen untuk berhenti mengecam Che Ta memandangkan kes berkenaan dapat diselesaikan secara baik.

Walaubagaimanapun, dia enggan membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut oleh Che Ta kerana apa yang berlaku  bukanlah kesalahan daripada pihaknya.

Baguslah kalau isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Harapnya selepas ini janganlah lagi bermasam muka antara satu sama lain.

March 7th, 2019

Menerusi laman Facebook, seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu kepada Rozita Che Wan yang baru dua bulan bekerja dengan selebriti popular itu mendakwa gajinya tidak dibayar seperti yang dijanjikan.

Individu tersebut memberitahu beliau terpaksa membuat luahan itu secara umum kerana sehingga kini isu berkenaan gajinya itu masih belum dapat diselesaikan dan timbul pelbagai salah faham. Lelaki ini turut menyertakan beberapa bukti perbualan bersama pembantu peribadi Che Ta berkenaan permohonan pembayaran gajinya itu.

Perkara itu menjadi viral di laman sosial sehingga ada netizen mengecam Che Ta mampu untuk hidup mewah tetapi enggan membayar gaji lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Che Ta menerusi Insta Stories di Instagram tampil menyelar kenyataan bekas pemandunya itu dan mendedahkan sikap bekas pemandunya itu yang bermasalah serta membuat kerja sambil lewa.

Apa-apa pun, kami harap isu yang timbul antara mereka berdua ini dapat diselesaikan dengan baik. Kadang-kadang bila muat naik kenyataan di media sosial ia hanya memburukkan keadaan, cubalah untuk bertemu secara peribadi.