November 5th, 2019

Berat sebenarnya ujian dan dugaan buat pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

izzue islam ivf

Mereka sebelum ini memberitahu ingin cuba rawatan IVF ataupun lebih dikenali sebagai bayi tabung dan betapa bertuahnya pasangan ini apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu mereka untuk mendapatkan cahaya mata.

Perkara ini telah diberitahu sendiri oleh Tunku Azizah ketika mereka berdua bertemu di belakang pentas, semasa pementasan teater Mak Yong Oktober lalu. Umum mengetahui Raja Permaisuri Agong mempunyai Yayasan Fertiliti Tunku Azizah yang menawarkan penajaan buat pasangan yang terpilih untuk menerima rawatan IVF dalam usaha mendapatkan anak.

tunku azizah izzue islam ivf

Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunku Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat. Kami bertemu di belakang pentas selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa.

Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu sahaja.

izzue islamMenurut Izzue, sehingga kini dia belum berkesempatan bertemu lagi dengan Tunku Azizah untuk berbincang lebih lanjut mengenai rawatan tersebut memandangkan jadual kerjanya yang padat. Namun, dia dan isterinya telah merancang untuk berjumpa semula dengan baginda pada awal tahun hadapan.

Semoga segala urusan Izzue dan isteri untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan. InshaAllah. Jangan pernah putus asa.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
July 4th, 2019

Sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin belum lagi dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Tidak pernah berputus asa berusaha, Izzue dan Awin merancang untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Pasangan ini sudah bersedia berdepan sebarang kemungkinan andainya diberitahu salah seorang bermasalah.

Kami akan pastikan menjalani pemeriksaan pada tahun ini juga. Sudah lama kami rancang, namun tertangguh kerana jadual kerja yang padat. Kami juga sudah mempersiapkan mental sekiranya diberitahu salah seorang daripada kami mempunyai masalah.

Bersikap terbuka berkongsi masalah mereka dengan umum, Izzue memberitahu, tiada apa yang hendak dimalukan. Soal zuriat  bergantung kepada rezeki dan percaturan Allah SWT.

Saya dan isteri sudah bincang mengenai perkara tersebut, segala ikhtiar juga akan dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan sudah lima tahun mendirikan rumah tangga.

Apa yang nak dimalukan, semuanya Allah yang tentukan dan kita sebagai hamba jangan pernah berhenti berusaha.Insya-Allah, selagi ia tidak menyalahi dari segi agama, kami juga mahu menggunakan kemudahan teknologi canggih sedia ada untuk dapat anak.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka, semoga segala usaha mereka untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement
January 2nd, 2018

Bersempena dengan tahun 2018, pasti anda semua sudah ada senarai perkara yang ingin dikecapi sepanjang tahun ini, ada yang ingin kurus,  lebih berjimat cermat dan macam-macam lagi. Namun, buat pelakon Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin, mereka berhasrat untuk menimang cahaya mata sendiri selepas hampir 5 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka ingin cuba rawatan IVF ataupun lebih dikenali sebagai bayi tabung. Ia merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim secara manual dalam tabung uji makmal.

Ada beberapa usaha yang kami lakukan dan rasanya tidak perlu sebut di sini. Rezeki datang dari Allah SWT dan kami harap usaha dilakukan pada masa ini berhasil. Ada yang cadangkan IVF (persenyawaan in-vitro) tetapi kami belum sempat jumpa doktor. IVF adalah pilihan terakhir dan mungkin akan dicuba tahun ini.

Meskipun belum dikurniakan zuriat sendiri, pasangan ini tidak mempunyai rancangan untuk mengambil anak angkat. Izzue percaya Allah SWT belum mengurniakan beliau rezeki untuk menimang cahaya mata kerana ingin memberi rezeki untuk beliau lebih berjaya dalam bidang seni terlebih dahulu.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement