November 13th, 2017

Sebelum ini, Abam Bocey pernah mengakui telah beberapa kali putus cinta. Pada satu ketika, dia juga dikatakan bercinta dengan seorang gadis manis dari Sabah, bagaimanapun dalam soal jodoh, manusia hanya merancang namun segalanya tertakluk kepada izin-Nya.

Melalui Berita Harian, Abam Bocey memberitahu bakal berkahwin dengan seorang gadis. Bukan dengan gadis Sabah yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini, sebaliknya dengan seorang kenalan lama yang terputus hubungan dengannya sejak Abam sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelawak.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Menurut Abam, hubungan mereka terjalin semula baru-baru ini dan mereka merancang untuk mengadakan majlis pihak perempuan pada 8 Disember manakala majlis pihak Abam dilaksanakan keesokan harinya iaitu 9 Disember.

Abam memberitahu:

Saya mahu kumpul harta terlebih dahulu sebelum menggalas tanggungjawab sebagai suami. Apabila berkahwin, saya mahu ada kediaman sendiri.

Insya-Allah, saya akan membawa ibu tinggal bersama saya dan bakal isteri. Siapa lagi diharapkan membahagiakan ibu jika bukan anaknya sendiri.

Buat masa ini Abam belum mendedahkan bakal isterinya kepada umum namun sumber mengatakan cantik orangnya. Tahniah diucapkan buat Abam Bocey! – beautifulnara.com

November 9th, 2017

Setelah dua tahun bercinta dengan seorang wanita dari Maghribi bernama Sanaa Jaffer, pelakon Idris Khan, 30, memberitahu bakal berkahwin dengan Sanaa bulan depan.

Bagaimanapun, Idris atau nama sebenarnya, Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan tidak mendedahkan tarikh sebenar tarikh pernikahannya. Idris memberitahu BH Online:

InsyaAllah, kami akan melangkah ke jenjang pelamin bulan depan. Januari depan genap dua tahun saya mengenali Sanaa dan sepanjang mendekatinya, saya lihat dia memenuhi ciri yang saya cari sebagai suri hidup.

Saya selesa dengannya kerana Sanaa memahami apa yang saya lakukan. Tidak mudah untuk mereka yang berada di luar lingkungan dunia hiburan memahami insan seni, tetapi bakal isteri pula sebaliknya.

Dia sudah mula faham cara kerja saya, malah boleh membiasakan diri dengan persekitaran kerjaya yang tidak menentu masa. Saya berharap perancangan kami ke arah yang lebih baik itu akan dipermudahkan.

 

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Awal tahun ini, Idris ada menghebahkan hasratnya untuk mengahwini Sanaa yang kini berusia 25 tahun. Ujarnya, Sanaa bijak menyesuaikan diri kerana memang belajar di Malaysia malah dia boleh berbahasa Melayu. Idris juga sedang mengajarnya makan makanan rakyat Malaysia. – beautifulnara.com

 

July 1st, 2015

Penyanyi Singapura Aliff Aziz sebelum ini sering dikaitkan dengan kontroversi. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa orang wanita termasuklah Anne Ngasri dan juga penyanyi Adira.

Melalui mStar Online, Aliff mendedahkan akan bertunang dengan kekasihnya Bella Astilla Disember ini namun tarikh masih belum ditetapkan. Katanya, keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu sebelum ke alam perkahwinan.


 photo 11420719_923998997646234_320117256_n.jpg

InsyaAllah saya merancang untuk bertunang dengan Bella pada Disember ini. Cuma tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Keputusan ini dibuat selepas merasakan Bella adalah wanita idaman saya yang sebenar untuk dijadikan bakal isteri.

Namun begitu, mereka berdua tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Aliff juga memberitahu yang dia ingin membersihkan namanya yang terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, malah ingin berhenti dari berhibur di kelab malam kerana aktiviti itu juga banyak mencemarkan namanya.

Sudah tiba masanya untuk saya berubah menjadi lelaki yang budiman dan berdisplin dalam melakukan sesuatu perkara.

Jujurnya, Bella juga banyak mengubah saya menjadi seorang yang lebih baik. Saya tidak mahu lagi isu-isu buruk tentang saya diceritakan lagi.

Kalau benar Aliff mahu berubah, memang ia satu perkembangan yang baik. Rugi kerana bakat dan rupa yang ada dipersia akibat terpalit kontroversi demi kontroversi.

Aliff dan bakal tunangnya itu sememangnya sama cantik dan sama padan. Sekiranya sudah bersedia eloklah bergerak ke fasa seterusnya. Berkepit lama-lama pun tidak elok.

Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.

April 22nd, 2015

Sebelum ini kami menerima beberapa keping gambar gadis yang dikatakan bakal isteri Zizan Razak. Menerusi laporan akhbar tempatan gadis tersebut dikatakan bernama Nur Edora Diyana Hashim, seorang graduan Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Management and Science University (MSU) yang kini bekerja sebagai pegawai khidmat sambilan di sebuah agensi kerajaan.

Nur Edora berusia 24 tahun dan berasal dari Kuala Terengganu.

 photo 10496989_663602720400696_4573128531189300322_o.jpg

Khabarnya keluarga Zizan telahpun menghantar rombongan merisik Nur Edora minggu lepas. Jika benar ini ialah bakal isteri Zizan memang benarlah beliau seorang yang cantik tanpa solekan, tak gitu?
 photo 581219_292734487487523_1043248419_n.jpg

Apa pun, bersama kita doakan segalanya dipermudahkan buat mereka berdua sehingga majlis pernikahan nanti. Amin.

Panggung Seni Tradisional 2015 membawakan untuk anda Dramatari Klasik India: Spiritual Journey of Aandal pada 24 dan 25…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 19 April 2015