“Jangan Berangan Over Sangat” – Ada Peminat Fanatik Putera Mateen Kecewa Teruk, Ganggu Bakal Isteri Di Media Sosial

Kehidupan

“Jangan Berangan Over Sangat” – Ada Peminat Fanatik Putera Mateen Kecewa Teruk, Ganggu Bakal Isteri Di Media Sosial

Hujung minggu lalu, media negara Brunei mengumumkan bahawa salah seorang kerabat diraja Brunei iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2024 bersama wanita pilihan iaitu Dayang Anisha Rosnah Adam yang juga cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Dato Haji Isa.

Berita itu nampaknya telah membuatkan peminat Putera Mateen yang kacak itu patah hati dan kecewa nampaknya.

Advertisement
Dayang anisha mateenSumber : Google  

Menjengah ke media sosial, ramai peminat terutamanya wanita tidak kiralah dari negara Brunei, Indonesia dan juga Malaysia yang ‘menangis di bucu katil’ gara-gara pengumuman itu.

Hari patah hati sedunia, my crush prince mateen.

Cantik betul bakal isteri crush aku. Kecewa jugak lah brb nak menangis.

Malah, ada yang mengkritik peminat wanita yang keterlaluan sehingga dikatakan mula menganggu Dayang Anisha di media sosial.

komen twitter

Terdahulu, RTB Brunei melaporkan istiadat perkahwinan pasangan ini bakal berlangsung selama 10 hari dan majlis akad nikah akan dilaksanakan pada 11 Januari 2024.

Putera Mateen merupakan anakanda kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah bersama pasangan, Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

girlfriend putera mateen
1 year ago

Bagai Merpati Dua Sejoli, Kekasih Putera Mateen Bukan Wanita 'Biasa-Biasa', Rupanya Cucu Penasihat Sultan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...